Kursus Asas Pembuatan Roti di Kolej Komuniti Cawangan Bera

10 Julai, aku dan Nurrul dijemput menjadi tenaga pengajar bagi Kursus Asas Pembuatan Roti di Kolej Komuniti Cawangan Bera. Kursus tersebut bermula pada jam 9 pagi. Walaupun dah banyak kali cubaan nak menunda atau menangguhkan kursus tersebut, namun dek kerana rasa tanggungjawab, maka kami bergegas juga ke sana untuk mengajar shotcoz.

Sampai di sana 15 minit sebelum pukul 9 pg, peserta pun dah mula menampakkan diri masing2. Seramai 21 orang, hmmm agak ramai jugak, kira memang mendapat sambutan la. Ada yang datang dari Temerloh, sama macam kami. Agaknya sbb dok mohon kat Kolej Komuniti Temerloh asyik tak dpt je kot kursus masakan. Bukan taknak buat, tapi kemudahan takde. Kami masih berusaha untuk meng”ada”kan kemudahan untuk menjalankan kursus yang melibatkan masakan. Diharapkan semua peserta dapat bersabar dan jangan berputus asa.

Alhamdulillah, kursus berjaya juga disempurnakan walaupun macam2 masalah teknikal yang timbul. Nasib baik peserta memberikan kerjasama yang sepenuhnya dan faham akan masalah yang kami hadapi. Moga peserta2 tidak serik untuk berkursus lagi selepas ini.

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

2 Responses

  1. X-PO says:

    cam best je nampak duk uli tepung..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *