KURSUS PENDEK BERMODULAR AKUAKULTUR DI KOLEJ KOMUNITI JERANTUT

Berita baik buat semua yang meminati bidang akuakultur atau perikanan. Kolej Komuniti Jerantut akan menganjurkan kursus pendek secara bermodular bagi Unit Akuakultur. Kursus bermodular ni secara kata lainnya adalah secara berpakej. Ada 2 pakej yang ditawarkan untuk kali ni. Maklumat lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan boleh tengok dalam gambar di atas. Yuran setiap pakej cuma RM50. Sangat-sangat berpatutan jika dibandingkan dengan kandungan kursus yang diberikan. Pendek kata, memang tak rugi kalau sertai kursus ni. War-warkan pada rakan-rakan lain.

Selain dari kursus pendek secara bermodular, kami juga menawarkan kursus pendek secara harian bergantung kepada jenis kursus yang dipilih. Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus yang ditawarkan boleh layari FB Kolej Komuniti Jerantut  atau sertai Group Telegram Kursus Pendek Kolej Komuniti Jerantut. Boleh juga hubungi pejabat kolej di talian 09-266 2945 atau terus ‘walk in’ ke kolej.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.