Laksa Johor

Laksa Johor versi Norsaritanaini

Salam.

Malam semalam masak Laksa Johor untuk menu berbuka puasa. Dah lama sangat teringin nak makan, tapi selalu jer tak berkesempatan nak masak. Lagipun tak tahu sangat resipi Laksa Johor yang sebenar-benarnya. Pernah sekali jer cuba buat dulu, lepas tu dah tak buat2 dah. Resipi gugel jer kat MyResipi yang sekarang ni sangat susah nk masuk.Trafik yang sangat2 jem di bulan puasa ni agaknya sbb semua orang rajin nak memasak di bulan ini.

Ada pelbagai koleksi dan versi resipi Laksa Johor ni dan tak tahu yang mana satu resipi yang betul-betul original dr Johor. Tapi dek kerana taknak susah2kan diri sendiri, makanya amik jer resipi yang paling ringkas dan mudah untuk disediakan. So cedukla resipi yang dipost oleh Cik Apahan. Dalam banyak2 tu, yang dia punya yang paling simple tapi dia masak kat Jepun mengguna ikan Sanma. Saya masak kat Malaysia menggunakan ikan selayang atau ikan sardin. Dan semestinya sudah menjadi tabiat saya, suka ubah resipi mengikut kesukaan saya.Lain orang lain cara masakannya, yer tak?

Antara bahan-bahan yang digunakan dlm resipi Cik Apahan:

Bahan-bahan ( 6 Orang perut biase )~sy masak sikit je…

  • Bawang puteh 1/2 lab~ guna 2 ulas bwg
  • Bawang merah besar 1/2 biji~ 3 biji bwg merah
  • Cili boh ikut suk~letak 3 sudu
  • Serbuk kari 5 sudu besar (x kesah kot kari ape pon~3 sudu
  • 5 ekor ikan Sanma(ikan muncung pnjg standed 80yen kat supa~3 ekor ikan selayang
  • Asam kepin~2 keping sbb sy suka masam sedikit
  • Garam
  • Gula
  • Spaghetti~terbeli fettuccine
  • Bahan Hia~tk guna
  • Timun
  • Bawang mera~tak guna
  • Ape2 lg y rse seswai. Kalo ade kcg pnjg sdp jg tp kat jpon ikot msm pyh cari..
  • Santan
  • sy tambah halia sikit dan serbuk kunyit

Untuk cara-cara memasak, saya guna yang paling mudah. Setelah diblend isi ikan (yang telah direbus), bawang merah dan bawang putih, masukkan ke dalam santan, masukkan cili boh, serbuk kari, serbuk kunyit, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Then masak sehingga mendidih dan pekat. Barulah best bila kuah pekat. Potong timun n kacang panjang sebagai kerabunya. Cukup menyelerakan.

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

1 Response

  1. ej@m says:

    sedap nyer…
    nanti buat kat melaka plak yer..mesti abah tersenyum lebar bila menantu dia masak…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *