Lawatan Ke Pusat Sains Negara & Muzium Kesenian Islam Malaysia

k

Di perkarangan pintu masuk..tgh bg taklimat pd student...

pada 7 ogos iatu sabtu lepas, Unit Pengajian Am, KK Temerloh menganjurkan Lawatan Sambil Belajar untuk student2 sem 2. Destinasi pilihan adalah Pusat Sains Negara dan Muzium Keseniaan Islam Malaysia…seramai 32 orang pelajar dan beberapa orang pensyarah ditugaskan sebagai pengiring pelajar untuk lawatan tersebut…
bukan student je yg excited nk buat lawatan, aku pun sama…sbb tak penah lg berpeluang nk ke sana…selalu tgk bila kat tv je kan…dah ada peluang depan mata, apa lg grab jerla..dh la takyah kuarkan duit yg banyak nk ke sana bila gi ngn rombongan kolej kan..

ala-ala mcm aquria, klcc…tp ni ikan air tawar…

masuk-masuk je mcm dah teruja sangat…sbb de akuarium yg ala2 mcm kat aquaria klcc tu…tp yg ni kecik la sikit kot (tknah plak masuk aquaria klcc tu lagi)…akuarium ni mempamerkan ikan2 air tawar yg mcm2 jenis dan saiz…sangat cantik dan sangat suka…

tapi agak membosankan sbb mcm tak banyak sgt yang ada kat dlm…ada tu ada, tp lebih sesuai tuk kanak2 sekolah rendah…banyak sgt ruangan kosong..mcm rugi je tempat besar mcm tu tp tkde apa sangat…tapi alang2 dah ada kat situ, bantai main jugakla even tak berapa nk sesuai untuk kanak2 remaja mcm kami ni kan…tuk student bleh tahan lagi..selebihnya tengokla pic yang ditunjukkan k…malas nk taip byk2…

apa ke nama tah alat ni…lupa plak…tp yg pastinya “see what happening”…ada dua lubang..jenguk muka kat lubang tu then suh member amik gambar dr lubang yg sebelah sana…maka hasilnya mcm ni la…
lagi mcm2 ada…
at funny mirror…so funny…hahaha


selepas dah puas ronda kat Pusat Sains Negara…kami bergerak ke destinasi seterusnya…sepatutnya ke Putrajaya, tp disebabkan oleh masalah teknikal, terpaksa diubah ke Muzium Keseniaan Islam Malaysia…tp ok jugaklah dpt ke sana..sbb itu pun 1st time gak bg aku…(excited mengalahkan student plak) ..hehe…

sebelum masuk melawat, kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh pegawai yg bertugas…sumer tempat boleh masuk tapi ada yg boleh bergambar dan ada yg tidak boleh..flash tidak dibenarkan sama sekali…ada 2 galeri yang kami masuk, satu yg khas (galeri 2)  dan satu lg yg permanent..yg khas tu mempamerkan Warisan Khazanah Dunia (seni hiasan permata India Dinasti Mughal)…dlm galeri ni tak dibenarkan mengambil gambar…mmg cantik2 la permata dan warisan-warisan yang terpamer…satu lagi galeri yg mmg dah ada kat muzium tu…ada banyak sgt galeri iaitu galeri India, galeri China, galeri dunia melayu, galeri al-Quran dan manuskrip, galeri senibina, galeri barang kemas, galeri perisai dan senjata, galeri tekstil, galeri kerja kayu dan gaya hidup, galeri seramik, galeri kerja logam, galeri mata wang dan cap mohor…ada 2 tingkat yg mempamerkan tu semua, penat nk jalan..tapi sangat seronok jugak…

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *