lepaking at Berjaya Megamall

bowling

Salam.

Program selepas Majlis Persandingan si Ratu Sehari, kami meneruskan agenda ke Berjaya Megamall untuk bermain bowling. Singgah di masjid di bandar Kuantan yang kaler biru cantik untuk solat dan menukar baju. Takkan nak main bowling pakai baju kurung kan. Karang mengganggu kosentrasi orang lain pulakkan.

Dah sampai kat Berjaya Megamall, terserempak ngn Shuk & famili masa tgh nak cari parking. Qis terus sms ajak dia men bowling. Maka bertemulah kami di gelanggang bowling. Tak sangka lak dia ngn adik2 ipar dia jugak. So berenam la kami time tu. Main ngn dorang satu game jer, pastu kami bertiga tambah lagi satu game. Nasib aku memang tak berapa nak baik ari tu, asyik masuk longkang n kalo tepat pun bola bowling tu bergolek, pin tak jatuh semua, agak tensen lah jugak. Tp takpe, usaha tangga kejayaan. Chaiyork!!!!!


Selepas main bowling, kami tengok wayang lak. Mula-mula aku dah buat keputusan taknak tengok wayang, tapi macam kesian pulak kat aimi, aku ni dahlah jenis cepat kesian kan orang, nampak ajer tegas bila buat keputusan, tapi dalam hati berkata-kata macam-macam sehingga resah gelisah dibuatnya. Aimi dah lama nak tengok wayang 2012 tu, so tunaikanlah hasrat dia.

Tapi bagi aku, 2012 tu agak boring dan macam awal2 lagi dah dapat tau dah kesudahan dia. Tapi mungkin filem tu bagus untuk korang2, sebab ada gak part yang mcm touching2 sikit pasal kekeluargaan. Tapi jangan sampai terpesong akhlak sudah. Filem tu kan lebih kurang mcm ari nak kiamat macam tu la kan, mana de orang bleh survive kalo dah kiamat kan. Kalo still ada yg boleh hidup, bukan kiamat namanya. Aduhai~~~~

Abih tengok wayang, merayau-rayau cari pasal lak di sekitar kawasan shopping. Singgah kat kedai Hatiku, kedai yang jual mcm2 patung2 cantik, sangat berkenan dengan patung katak, tapi cekalkan hati untuk tidak membelinya sebab tak elok membazirkan. Tapi hati di dalam sangat mahukannya. Takpelah, mungkin next time ada rezeki lebih, boleh la beli kan. Lepas jalan-jalan, kami terus balik.

P/s: sangat terkilan sebab tak dapat nak makan donut BIG APPLE..sedih.

bowling1

bowling2

bowling3

bowling4

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

6 Responses

  1. zura_84 says:

    singgah kuantan tak bgtau pun… huhuhu majuk ar… šŸ™

  2. norsaritanaini says:

    alamak…tersinggah jer…balik dr kenduri…janganla majuk zura..nanti byk masa lg, kaknor akan ke sana lg…hehe…

  3. Robertvok says:

    ???????????? ?????????? ??????? – ??????????? ?????????????? ???????, ??????????? ?????? ????????.

  4. Williamimpar says:

    ???????????? ?????? ??????? – ????????? ??????? ????????, ?????? ??????? ?????? ????????.

  5. RobertFoott says:

    ?????????? ??? – ?????? ?????, ??????????? ???.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *