Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 & Majlis Berbuka Puasa Kolej Komuniti Temerloh 2010


23 Ogos 2010, satu Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-53 diadakan di Ruang Pameran Industri Kolej Komuniti Temerloh. Majlis dihadiri oleh Pihak Pengurusan Kolej, Pegawai-Pegawai Kanan, Pensyarah-pensyarah, Kakitangan Bukan Akademik dan tidak ketinggalan semua pelajar kolej. Majlis ini bertujuan untuk melancarkan sambutan bulan kemerdekaan atau dengan kata lain sebagai permulaan untuk aktiviti-aktiviti kemerdekaan di kolej ini.

Sempena bulan kemerdekaan kali ini, banyak aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan dengan kerjasama semua warga kolej. Antaranya ialah Program Jejak Merdeka, Majlis Berbuka Puasa & Tahlil Kemerdekaan, Pertandingan Hiasan Jalur Gemilang bagi setiap blok, Pembinaan Arca Perpaduan 1 Malaysia, Kuiz Kemerdekaan dan Pertandingan Lagu Patriotik. Sambutan bulan kemerdekaan ini bermula dari 12 Ogos 2010 – 27 September 2010. Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dijangka akan diadakan secara besar-besaran pada 27 September 2010 di samping Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri.

Hadiah-hadiah yang menarik disediakan untuk setiap yang bertanding. Kerjasama dari semua warga kolej amatlah diharapkan. Bagi pembinaan Arca Perpaduan 1 Malaysia yang menggunakan bahan-bahan terpakai pula, sasarannya adalah supaya dapat direkodkan dalam Malaysia  Book of Records, tapi masih dalam perbincangan lagi. Bukan senang nak capai rekod, banyak benda dan piawaian yang harus dipatuhi. Komitmen dari semua pihak juga perlu dipertimbangkan.


Bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan juga, satu Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil Kemerdekaan diadakan di Ruang Pameran Industri dan Surau KKTM. Majlis berbuka puasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari warga kolej yang terdiri dari staf dan pelajar-pelajar. Ada juga staf yang membawa keluarga bersama. Sangat teruja melihatkan kemeriahan tersebut. Antara menu berbuka adalah nasi minyak, ayam masak merah, dalca, karipap dan puding jagung.


Setelah selesai majlis berbuka, majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah di surau KKTM. Namun sangat sedih, tak ramai pelajar yang bersolat bersama, hanya seorang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan. Setelah usai solat, diteruskan dengan tahlil, solat isyak dan solat terawikh bersama-sama.  Majlis berakhir selepas jamuan moreh.

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

2 Responses

  1. saya la antar.. says:

    saya smayang isyak n baca yasin..:D

    • “saya la antar” ni siapa? awak student yer? okla kalo sempat smayang isyak n baca yassin tu..tp actually tak kisah la nk join ke tak, terpulang pada diri sendiri…bak kata en.razak, kita semua dh ‘merdeka’…dah tak perlu nk kejar2 or tutup pintu pagar kolej semata-mata nk paksa student join aktiviti kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *