Majlis Perkahwinan Adik Ipar No. 4…

Majlis Perkahwinan Adik Ipar No. 4...

Majlis Perkahwinan di berlangsung di Felda Krau 1…seawal jam 8 pg, aku dan encik suami bergerak ke tempat berkumpul kami iaitu di Bandar Bentung sebelum menuju ke destinasi pasti..sebanyak banyak buah jugaklah kereta (lupa lak nk kira) berkonvoi dan menuju ke Masjid yang lupa lak nk tgk namanya di Felda tersebut…siapkan apa yg patut termasuk hantaran dan pengantin…makanya dlm kul 11 lebih2, bermula la Majlis Akad Nikah yang disaksikan oleh sanak sedara pihak pengantin laki dan pompuan…majlis berjalan lancar dgn hanya sekali lafaz…tp nampak gak dak ijoi gabra…biasala tu kan…hehe

Majlis Akad Nikah...

Jam 12.30 tgh, rombongan menuju ke rumah rehat berhampiran dgn rumah pengantin perempuan…sesi berarak menuju ke rumah pengantin bermula dr rumah rehat tersebut…terpaksa turun bukit yg tinggi dan berbatu kerikil yg besar2, seksa betul dgn kasut bertumit tinggi, seb baik yg flat punya…dhla kena bawak kek kan, buatnya jatuh terjelepuk..malu siottt..

Meriah jugak majlis yang diadakan..siap de DJ…siap de band muzik..siap de cabutan bertuah…yang tak bestnya cabutan bertuah bukan untuk rombongan pengantin lelaki…melepas nk merasa kot2 badan bertuah kan…tp kira bertuah jugakla dpt makan di meja pengantin yang de banyak lauk pauk yg best2…hehe…

Majlis Sanding Raja Sehari...

Suka sangat ngan tema baju pengantin…warna hijau yg nk lumut2 sikit tu..pelamin dia pun cantik…tp tak snap byk gambar pun, snap pun dr jauh…malas sgt sbb suasana yang merimaskan dgn kepanasan yg melanda…lagipun encik suami dh snap banyak gambar…tengok dia punya je la kan….

Akhir kata, Tahniah dan kedua-dua mempelai kerana berjaya merealisasikan impian menyambung kasih ke jinjang pelamin…moga2 kalian beroleh kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat…aminn….

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *