Majlis Perkahwinan |Anip & Wieda| – |Anie & Zalie|


Salam semua….

Ini entri tertangguh, almaklumlah sibuk sangat skarang ni…memang takde masa langsung nk mencelah utk update…even masa cuti sekalipun…kalo dapat online pun sekejap2 je…tkdan nk menjana idea tuk update blog…tapi mcm rugi plak kalo tak jot down something tentang majlis pernikahan adik2 ipar aku iaitu Anip dan Anie dengan pasangan masing-masing…sok2 nanti bleh gak baca semula entri ni sebagai kenangankan…

Majlis pernikahan dorang ni berlangsung selepas Hari Raya Haji…si Anip dan pasangannya iaitu Wieda nikah pd 19 November 2010 manakala si Anie dan pasangannya iaitu Zalie nikah pada 20 November 2010…Anip sanding pd 20hb manakala Anie pada 28hb, makanya sebagai kakak ipar yang baik hati dan penyayang, aku mengambil cuti seminggu lebih dr 17hb sehingga 29hb demi membantu apa yang patut…

Nama pun kenduri, cuti lama pun tidak bermakna aku dpt rehat sepenuhnya, almaklumlah banyak jugak keja2 yang harus disetelkan…tapi puas hati dapat jugak membantu walau tkde la banyak mana pun…aku bekerja keras ngn adik beradik yang lain tuk menyiapkan apa yang patut…bertungkus lumus menyiapkan bilik pengantin dan menouchup hantaran…keja2 yang paling aku suka, sebabnya ianya mencabar daya kekreatifan aku…hehe…

Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya…dan semoga kedua-dua adik ipar aku akan mencapai kebahagiaan masing-masing…dan semoga jodoh mereka dipanjangkan sehingga ke akhir hayat dan dirahmati Allah SWT…kat bawah de sikit pic yang sempat aku snap…selebihnya sumer ngn encik suami..aku tak sempat nk snap sgt sbb sibuk ngn keja2 lain…gambar sanding langsung takdan nk amik…hehe…


kkk

kkk

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *