Majlis Pernikahan dan Persandingan Din & Masnoni

Majlis akad nikah di masjid tp lupa lak nk tgk masjid apa...huhuhu

29 Januari 2011, tarikh yang menjadi sejarah pd seorang staf KKTM iaitu En. Ainudin di mana beliau akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan iaitu Puan Masnoni yang bekerja sbg nurse di HOSHAS…seperti biasa mesti ada rombongan dari kolej untuk memeriahkan majlis teman sepejabat…termasuklah aku…walaupun secara solo memandangkan Encik Suami bekerja…terbiasa sudah solo molo ni..hehe…

selesai sudah akad...majlis batal air sembahyang...

sesampai di masjid dlm around kul 12 tengahari…majlis akad nikah lom mula pun lagi…kedengaran imam memberikan sedikit tazkirah atau khutbah berkenaan dgn perkahwinan sebelum majlis akad nikah dimulakan…hampir ke 12.30 tghari, selesailah majlis akad nikah walaupun ada keharuan kebiruan sekejap disebabkan oleh pengantin lelaki terlalu gabra gamaknya…biasalah tu kan…bukan senang nk menggalas tanggungjawab sbg seorang suami…tugas yang amat berat dan besar…Alhamdulillah selesai jugak akhirnya…dan majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis membatalkan air sembahyang…

berkumpul di perkarangan masjid sebelum ke rumah pengantin...

selesai majlis di masjid, geng2 kolej berkumpul sebelum meneruskan perjalanan ke rumah pengantin…masing2 sudah kelaparan, nak2 plak hujan tak berenti-renti…mula2 ingatkan boleh naik bas ke rumah pengantin, lupa plak majlis di kawasan felda iaitu Felda Purun..susah kalo nak bawak bas ke dalam sbb jalan tak berapa besar kan…makanya terpaksa lah berjalan kaki ke rumah pengantin yang jaraknya lebih dr 1 KM…

agak mencabar jugak perjalanan dr masjid ke rumah pengantin..siap meredah ujan lagi...

bukan setakat berjarak jauh, nak kena mendaki jugak..tp semangat tak luntur dek kerana sudah kelaparan yang amat..hujan pun sanggup diredahi..basah gakla kepala…taktau plak nk ujan, takdelah nk sediakan payung…huhuhu…

closed up pengantin baru..din n her wife, mas noni...

Selamat Pengantin Baru Din & Mas

bergambar kenangan beramai-ramai bersama pengantin...

sesampai di rumah pengantin, sumer pakat terjah khemah makanan…masing-masing sudah kelaparan yang amat, siap berdendang lagu rock kapak dah…hehe…selesai makan, sesi bergambar bersama pengantin…berseri-seri pengantin dengan tema baju pengantin dan pelamin berwarna merah dan putih…warna yang sangat ceria…akhir kata selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kepada Din dan isteri…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *