Majlis Persandingan Sally & Shaharudin

Salam…

Sabtu lepas, bersamaan dengan 21 November 2009, kami berkonvoi ke Majlis Persandingan Sally iaitu rakan sekerja kami di kolej. Rumah pengantin berlokasi di Felda Bukit Sagu 3, yang agakla jauh perjalanannya. Pada mulanya mengikut yang dijanjikan kami akan berkonvoi 3 buah kereta, dan lokasi menunggu adalah di tengah-tengah tepi lebuhraya selepas exit Temerloh. Namun, setelah ditunggu-tunggu, rupa-rupanya ada 2 buah lagi kereta yang akan berkonvoi bersama. Setelah cukup ahli jemaah, maka bergerak lah kami ke destinasi yang ditetapkan.

Di pertengahan perjalanan, terserempak lagi dengan 2 buah kereta. Maka barisan konvoi menjadi 7 buah kesemuanya, tersangat lah mengujakan keadaan tersebut. Kami selamat tiba di rumah Ratu Sehari lebih kurang jam 12.30 tgh di kala hujan renyai-renyai. Agak kebasahan apabila terpaksa berjalan kaki dengan sekadar menumpang di hujung2 payung yang satu. Payung tu pulak digunakan untuk memayung si baby cute. Takkan nak berebut ngn baby lak kan.

Kenduri tetap meriah walaupun dalam hujan renyai-renyai. Ramai jugak tetamu yang memenuhi majlis termasuklah kami semua. Setelah bergambar berposing sakan-sakan, kami menjamu selera. Tidak lama kami di majlis memandangkan masih ada agenda seterusnya. Setelah kekenyangan, kami beredar dalam hujan yang makin melebat.

kuantan2

kenduri1

kuantan3

kuantan4

kenduri 2

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *