Makeover Mania

makeover in progress

15 Jun 2010, Kolej Komuniti Temerloh (KKTM) mengadakan Kursus Asas Solekan di atas permintaan Kumpulan Wanita Taman Jaya 4. Kursus berlangsung bermula dr 9 pagi sehingga ke pukul 2 petang. Tenaga pengajarnya tak lain tak bukan Cik Annur Rawihah dan dibantu oleh Cik Nooramimah. Aku selaku urusetia kursus dan juga bertindak sebagai model untuk didemo pada peserta kursus.
Kursus dimulakan dengan demo facial oleh Kak Azie, dijemput khas dr Elken, bertujuan untuk memperkenalkan produk Elken iaitu Eternal Beauty dan produk2 pencuci yang pelbagai jenis. Setelah difacialkan, muka aku terus jadi cerah dan pipi jadi tegang. Sangat segar.

Setelah demo facial selesai, sesi diteruskan dengan acara makeover. Nama pun hanya demo, aku disolek untuk sebelah muka sahaja dahulu. Selepas tu tiba giliran peserta-peserta kursus menunjukkan skill solekan masing-masing dengan dibantu oleh Cik Annur dan Cik Noora. Setelah selesai kursus, barulah aku disolek semula supaya sempurna makeovernya. Hasilnya sangat mengujakan dan mengkagumkan diri sendiri. Apa kata korang???

makeover done!

p/s: bukan selalu mekap cam ni, kiranya ni kali ketiga selepas mekap untuk akad nikah dan sanding. kalo ari biasa tu, bedak pun jarang aku pakai…tak suka ada apa2 kat muka, suka muka yg bersih tanpa apa2 produk tambahan…huhuhu

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *