MALANG TAK BERBAU

Assalamualaikum.

Ni kakok nak cerita kisah petang semalam on de way balik keja. Kakok sekarang ni kena balik keja kul 5.30 petang, masuk kerja kul 8.30 pagi sbb kena hantar Abang Haq ke pra sekolah dulu. Memang agak rushing la nak balik bawak laju2 supaya sampai awal kan.

Petang-petang mmg banyak sgt lori yg besar2 yang penuh dengan muatan. Kakok siap bilang lori 1, lori 2, lori 3 yang kakok berjaya potong. Kakok memotong bila keadaan selamat la bukan membabi buta bawak keta. Kereta depan kakok pun sama la dok potong memotong lori tu.

Tapi dah namanya malang tak berbau kan, tiba kat satu tempat ni, cun2 lps jambatan, kakok nampak keta depan tu ngelak, tp kakok lambat sangat buat keputusan nak ngelak jugak. Gedegang. Kakok terlanggar la besi warna oren dan hijau yang betul2 dok kat tgh2 jalan tu. Dah terlanggar tu terus keta rasa gegar2 kuat. Besi tu dah keluar ikut belakang. Kakok pun berenti la kat tepi. Tangan gigil2 nak dail nama suami kakok. Masa tu takut, debor, nok menangis semua ada. Bila dah ckp dengan suami, baru boleh bertenang sikit. Teruskan la perjalanan semula.

Hasil pemeriksaan kami, bumper bawah tu bengkok n kemek, besi bawah bumper tu bengkok. Suami syak gegar tu sbb besi bengkok tu. Tadi dia bawak bengkel, rupanya gegar tu sbb ekzos yg bengkok mencecah lantai keta. So dah betulkan tadi tp nak kena gi repair semula utk tukar besi bg bengkok tu. Bumper suami ckp mahal sgt, so tak buat lg la.

So bila dah jadi mcm ni, kakok rasa insaf dah, tkmo dah bawak keta laju2 sangat, tkmo follow keta depan rapat sangat dan yang ptg kakok kena santai je bawak keta, tkmo rushing dah. Kena lebih berhati-hati lepas ni. Suami pun cakap, jangan risau rrisau ke baby Iffat sangat, dia meragam sekejap je. Kakok pun kena keraskan hati tabahkan jiwa la bila dgr Iffat menangis kuat time tunggu kakok balik.

Kejadian ni ni sangat memberi pengajaran buat kakok. Kakok jugak terfikir, mungkin Allah nak bg peringatan kat kakok. Dan lagi satu bila kakok yang langgar besi tu, at least kakok dah selamatkan kereta2 lain dr terlanggar besi yang sama, sbb lps kakok langgar tu besi tu dah ke tepi. Tp tadi lalu, besi tu dah takde, ada orang gi amik buat jual besi buruk gamaknya kan. Apa pun syukur jugak kakok takde apa2, cuma fulus jerla terbang di kala gaji masih blm nampak bayangnya. Sekian cerita kakok. Doakan perjalanan kakok pergi balik keja dipermudahkan dan selamat sentiasa yer. ???

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *