Muffin Oren

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Petang yg sangat cerah dan panas. Jemur kain sekejapan jer dah kering.

Okey bukan nak cerita pasal cuaca, tapi pasal muffin oren. Sejak duduk rumah sementara menghabiskan cuti bersalin 90 hari ni, sempatla nak sediakan juadah minum petang kan. Juadah petang ni muffin oren.

Biasa anak2 bila balik dari transit kelaparan dan akan mencari makanan. So petang ni leh makan muffin dulu sebelum makan malam.

Senang sangat nak buat muffin ni, tak sampai setengah jam pun nak prepare semua bahan sblm dibakar. Muffin ni mmg guna sebiji buah oren. Tapi saya campur jugak sesudu sunquick nak bg rasa kick oren dia. Bahan2 lain tepung gandum, serbuk penaik, minyak masak, gula halus, garam secubit, telur. Bahan2 mmg dah sedia ada di dapur, so tak perlu susah2 nak keluar pi beli barang dulu kan.

Tak sabar tunggu anak2 balik, boleh makan sama-sama kan. Baby Iffat tgh tido, so mama nak join sekali la. Ok bye.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *