My Breastfeeding Journey: Cara Untuk Menambah Penghasilan Susu Ibu

Assalamualaikum…

Kali ni masih nak bercerita mengenai breastfeeding ni…almaklumlah, skarang ni memang takde keja lain yang dibuat selain menjaga keperluan suami dan anak…salah satunya ialah hal-hal yang berkaitan breastfeeding…nekad nak breastfeed Haq sesungguh-sungguhnya…nak dapat Diploma Penyusuan Ibu macam ibu2 lain jugak…kalo orang lain boleh buat, takkan kita tak boleh kan…usaha tangga kejayaan…

Dek kerana dilanda kerisauan yang amat akibat penghasilan susu yang semakin berkurang…timbullah kesedaran mencari cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut…tiap2 hari searching kat google pasal susu ibu…tiap2 ari jugak bukak Group Kumpulan Ibu2 Menyusu di Facebook untuk sharing dgn ibu2 yang lain…bertanya pada orang sana dan sini…maka dapatlah knowledge serba sedikit cara untuk menambah penghasilan susu ibu…usaha keras tersebut bermula dari minggu lepas lagi…

Terdapat info yang mengatakan, susu ibu ni ajaib sikit…ia akan mengikut keperluan kita, supply on demand…banyak yang kita nak, lagi banyaklah susu akan keluar…so kena lakukan penyusuan sekerap yang mungkin..payudara hendaklah sentiasa dikosongkan supaya penghasilan susu baru akan terhasil…kalo ikut jadual penyusuan Haq, memang tak konsisten…kadang tido yang agak lama sehingga 5 jam..ada pulak tak sampai setengah jam dia dah merengek2 nak menyusu…so kalo untuk tempoh yang lama tu, kalo susu tak dikeluarkan makanya sel2 dlm payudara akan memberhentikan penghasilan susu…so utk elakkan dari berlaku mcm tu, kena lah pam sekerap yang boleh…so aku cuba buat 2 atau 3 jam sekali pam…even kdg dapat tak sampai 1 oz, aku tetap jugak pam…dgn harapan lama2 akan bertambah…

Lagi satu cara pam sambil menyusukan Haq…sebelah kanan Haq menyusu, sebelah kiri pumping, dan begitulah sebaliknya…aku rasala kan menyusukan anak adalah rangsangan/ stimulation terbaik untuk pengeluaran susu kita…dia nyotnyot sikit je, susu laju dah keluar..so bila dia hisap sebelah, yang sebelah lagi pun automatik akan keluar jugak kan…dari membazir tumpah mcm tu je, baik dipam..dapatlah gak buat stok kan…cuma yang problemnya kita tgh2 syok tgk susu dok keluar mencurah2, alih2 Haq dah tertidodah berhenti menghisap…terpaksa la continue buat double pumping sehingga payudara betul2 kosong…

Seterusnya pengambilan pil ASI, jamu tradisional berkhasiat untuk ibu2 yang sedang menyusukan bayi bagi memperbanyakkan dan melancarkan pengeluaran air susu ibu. Pil ini jugak bertujuan untuk membesarkan bayi dengan lebih sihat dan sempurna serta menjaga badan agar lebih sihat, segar dan membuat wajah selalu berseri-seri…pil ni dicadangkan oleh rakan sekerja aku..hari ni hari ke empat aku makan pil ni 3 biji siang n 2 biji malam…tkde rasa apa2 pun, maybe oklah kot penerimaan jamu ni…air susu pun mcm dah bertambah sikit…

pil ASI (Air Susu Ibu)

pil ASI (Air Susu Ibu)

Selain tu, aku amalkan apa jua petua yang diberikan iaitu minum horlicks bersama oat, minum air longan yang direbus bersama kurma dan barli, makan sayur sawi, makan ulam pegaga, banyakkan meminum air suam dan macam2 lagilah…lagipun amalan2 ni mudah dilakukan..bukannya payah mana pun, nak atau taknak je la kan…hehe…

Alhamdulillah, setelah aku amalkan semua2 yang di atas tu, dalam minggu ni ada perubahan sikit…penghasilan susu mcm makin bertambah…lagi menambahkan semangat untuk terus berjuang dan berjuang tanpa mengenal erti penat lelah…tak kisahlah sikit atau banyak yang aku dapat, yang penting cukup untuk bekalan Haq…

hasil perahan setelah berusaha bersungguh2…yang sikit tu pam selepas Haq menyusu…

 

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

8 Responses

  1. kak nur says:

    nak tambah lagi satu… sup lobak putih. Sangat sedap dan mudah nak masak. Lepas makan konfirm susu mencurah-curah 🙂

  2. zimah says:

    salam..

    nor, tingkatkan pengambilan protein dan kalsium..sbb kedua2 ni elemen penting dlm penghasilan susu…jgn putus asa ye, kalu ada masalah bleh tnye saya..saya sudi membantu..lagi satu, jgn risau2 tau..rileks je..kalu kita risau, lagi susu malu2 nak kuar..free ur mind, pk kan yang indah2 je tau..

    badan penat pun bleh mengundang susu drop..so kena rehat gak tau..bg badan rileks..macam kerja2 rumah tu kalau x larat mtk ejam tlg..kalu dua2 x larat..nor biar je..hehe..nnti bila larat buat laa..jgn stress2 sgt..

  3. ladysya says:

    salam,

    saya nak tanya mana nak dpt kan pil asi tu? saya merupakan ibu yg bekerja, dan setiap 2 minggu sekali saya akan outstation….susu saya semakin kurang maybe sebab stress dan penat bekerja…kalau pam utk 2-2 belah dpt lbh kurang 2-3oz je…..

  4. Info yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Sememangnya dalam tempoh laktasi atau penyusuan badan, sebaik-baiknya si ibu mengamalkan pengambilan diet yang seimbang dan sihat. Selain itu, untuk mencegah ketidakseimbangan hormon prolaktin yang bertanggungjawab untuk mengawal penghasilan susu badan daripada kelenjar mamari, golongan wanita ini juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak mengalami sebarang tekanan emosi.

  5. airis miqhael says:

    sape ada jual pil asi sy nk beli

  6. siti says:

    sapa ada jual pil asi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *