My Breastfeeding Journey: Gigih Membuat Stok EBM

Assalamualaikum…

Dah lama nak buat entri ni tapi asyik tertangguh je…EBM atau Expressed Breast Milk atau susu perahan yang disimpan sebagai stok kalau2 kita tak dapat nak direct feeding anak kita, kena outstation ke, sakit ke atau mcm2 hal la kan…nak2 plak ibu bekerjaya mcm aku ni yang berniat nak bg susu ibusekurang-kurangnya anak aku berumur 6 bulan…kalo dapat lebih dari tu Alhamdulillah…susu ibu ni adalah susu yang terbaik buat anak kita kan…rasanya semua orang pun tau tu kan…aku ni sebelum pregnant lg dah merancang tuk menyusu badan pada anak-anak aku…

Tapi itu perancangan kita sahaja, Allah tetap Berkuasa atas segalanya kan…masa mula2 lepas bersalin, Haq dah diberi susu formula..dengan alasan susu tak keluar dan tak cukup untuk Haq…biasa la kan bila berpantang dengan orang tua ni…baby nangis sikit je dikatakan lapar..padahal normal je bila baru mula bersalin, susu tak keluar dan baby tak memerlukan banyak sgt susu pun time tu…tp nak wat camne, diluah mati emak, ditelan mati bapak…beri gakla Haq minum susu formula…dlm 2 minggu gakla dia hisap susu formula berselang seli dengan susu aku…pastu bila aku dah yakin susu aku dah banyak aku stop sikit2 dan lama2 Haq sendiri dah taknak minum susu formula…”anak mama memang bijak”…

So semasa berpantang di kampung, agak bermasalah untuk aku menyimpan stok EBM ni..almaklumlah peti ais pun kecik je kan..lagi satu pikir nak bawak stok EBM berjalan jauh mcm terlalu berisiko lak kan…kalo rosak, rugi je…so aku pam jarang2 je la masa kat kg..just nk bg Haq minum guna botol…tapi serius direct feeding lagi senang..nangis je terus sua ke mulut baby..tkde nak panas2 kan…hehe…so sekali dua je pam…

Bila dah balik Mentakab, barulah gigih nak buat stok EBM..namun cabaran lain plak yang menimpa…susu makin hari makin berkurang plak…aduhai stress jugak dibuatnya…setiap kali perah paling banyak boleh dapat 3 oz je sehari…kadang tak sampai 1 oz..camne nak buat stok ni…masa ada sebulan je lg nak masuk keja kan…kira tenat jugak tu..agaknya sbb masa kat kampung, dek kerana tak buat regular pumping n Haq plak tak kerap menyusu, so kilang susu pun dah set yang aku tak perlu banyak susu..sbb orang kata susu ibu ni ikut kita nak…makin banyak kita nak guna, makin banyak dia produce kan…

Tapi aku tak berputus asa..still jugak pam n teruskan direct feeding si Haq…kadang sampai pedih2 nipple tu…buat tak tau je…dapat sikit pun aku simpan…kira mcm syok sendiri pam la…di samping tu amalkan mcm2 petua yang ada…cuba pam dalam 2 jam sekali..tp susah jugak sebab si Haq ni menyusu tak ikut timing…ikut suka dia je nak menyusu bebila…ni pun satu masalah gak bila nak hantar rumah pengasuh nanti…satu lagi kerisauan…tp tkpe buat je stok dulu…pasal rumah pengasuh len kali pikir…lgpun nk hantar awal supaya dia biasa dengan pengasuh tu..dari situ maybe leh tau jadual penyusuan Haq nanti…

paling banyak boleh dapat setiap kali perahan...

stok EBM yang ada..

Sekarang ni penghasilan susu makin bertambah..Alhamdulillah,Haq dimurahkan rezeki nak menyusu susu ibu sepenuhnya lagi…tapi itu pun setelah mcm2 usaha dilakukan…usahakan tangga kejayaan..nanti ada masa aku share lak macam mana susu aku boleh bertambah, moga ibu2 di luar sana pun boleh mencubanya…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

12 Responses

  1. cikgufarha says:

    Salam kak..wah teruskan usaha ok..sy pun kdg2 dpt sikit je..truskan ngepam, insya allah..
    Akk pakai storage avent ea? Mahal tt hehe sx pakai plastik bag je ngee

    • salam..tu beli masa pegnen lg…biasa la kan…masa tu teruja lebih..mcm2 beli…skang bila dah nak guna baru terfikir mcm2..hehe…skang pakai plastik autumz…lepas ni pun nak beli jenis plastik je…ada gak terbaca leh guna plastik aiskrim if nak jimat ruang penyimpanan…

  2. zimah says:

    Assalamulaikum..nor, try buat power pumping..blh tau nor guna pam ape ye? Jgn risau sgt, sy pun bkn jenis susu byk dpt 4-5oz je sekali perah kekadang 3oz je..tp sy xpernah pk bape sgt kuantiti yg dpt..yg penting proses dan konsep breastfeeding..insyaAllah susu yg kita hasilkan mmg cukup utk anak..Allah dah buat sudah dah…jgn risau2 ye…kerapkan bf dan perah ikut jadual dpt sket xpe..janji anak puas minum susu kita..

    • waalaikummussalam…power pumping tu camne plak? skang guna pam spectra dew 350…tu la terlebih risau bila sikit nau dpt bila pam…tp tak putus asa lg..terus je pumping..hehe

  3. ej@m says:

    Semoga bertambahlah stok EBM sayang lepas ni, usaha telah dijalankan semoga hasilnya juga bertambah lagi.

  4. eiffa says:

    beb..aku dlu pon stok aku dlu pun sedang2 je..pam harini utk esok lusa..tp alhamdulillah…full bf until 1 yrs 3 mths…pastu terpaksa bagi support susu Anmum sbb penghasilan susu aku tak berapa sgt cause of hormon kacau bilau…dtg bulan kan..aku selama 1thn 3 bln xdtg..hihihi…tapi Anmum tu just for bckup je now..aku still bf dan masih pump kat ofis…bf is wonderful journey i tell u cik kiah!

  5. zimah says:

    power pumping tu pam 20 min, rehat 10 min, pastu pam lagi 20 min dan rehat 10 min..cukupkan sejam..buat kedua2 belah breast..power pumping bertujuan memberi isyarat kpd badan supaya hasilkan more susu..kira mcm menipu badan laa ni..buat dengan kerap..hasil akan nmpk dlm 1-2 minggu bergantung kpd badan ibu..try laa mmg menjadi..lain tu makan makanan yg high protein dan kalsium..ini boleh membantu penambahan susu..try amik ESP by Shaklee..mmg membantu juga..usaha sehabis baik, jgn mudah mengalah tau..insyaALLAH boleh..sy menyusukan Adam smpi 2 thn 10 bln..pasal sy pregnent je sy stop kan..kalu tak mmg sampai hari ni laa bf kan dia..

  6. kak nur says:

    tahniah nor, mmg menyusu badan tidak mudah, tapi ia juga tidak senang. Yang penting kena ada ilmu dan semangat :)… kaknur rasa nor dah ada dua benda penting ni…

    Jgn risau sgt pasal stok, sebab skrang nor masih menyusukan Haq. Insya Allah bila dah kerja, stok akan semakin bertambah 🙂

    Mcm kaknur dulu kagi kritikal, pam hari ni utk susu esok… langsung xde stok beku… yg bagusnya, baby boleh minum susu segar setiap hari… ekekekek

    Risau jugak takut kena pergi outstation, tapi nasib baik pihak atasan faham yg saya sedang menyusu baby 🙂

    • kalo dapat yang faham macam tu, okla kaknur…mmg kalo boleh nk bg yg fresh, contohnya pam ari ini utk esok punya…stok tu just kalo2 kena gi outstation…keja ni kan kdg tak menentu…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *