Ovulasi dan Kesuburan

cute baby…

kredit to The Designger Baby Show

sejak akhir2 ni, keinginan aku nak kan anak bertambah membuak-buak…asal tengok baby jer, konpem ati jd sayu…tu belum lagi kalo dengar org bercerita pasal anak masing2…tambah syok lagi, kalo dengar berita orang tu dh pegnen, orang ni dh pegnen….orang sinun pegnen, lagi la tercabar jiwa raga beb…yang paling tak tahan dpt soklan maut “merancang ke”..oh tidak, tk penah terlintas sesaat pun dlm hati nk merancang, kalo boleh lepas kawin mmg nak terus ada anak…aku ni dr dulu suka budak2, even aku ni garang, jiwa keibuan tu tinggi tau!!!

usia perkahwinan dah nak masuk 10 bulan…lagi 2 bulan cukuplah setahun…tapi tu ler, blm ada rezeki…kita ni hanya merancang, tp Allah jua yang berkuasa…tp takpe, aku akan terus bersabar dan berdoa…skang ni kalo boleh macam2 cara kalo boleh aku nak cuba…ari tu dah gi mengurut dah…kata kakak tukang urut tu, peranakan aku senget…dia dah betulkan dah…so skang tgh mencuba, tp mcm tipis je..tanda2 nk period dah pun keluar…haihhhh…

maybe aku ni ada masalah dengan ovulasi aku kot..itu yg skang ni terlintas di fikiran aku…aku sendiri pun tak berapa pasti bila time paling subur bagi aku…kalo ikut kitaran haid, waktu paling subur bg pompuan sekiranya kitar haid bulan2 kita normal adalah 14 hari sebelum kita nk dpt period setrusnya..so kalo yg jenis kitar haid tak normal macam aku nih, konpem susah nak agakla bila sebenarnya waktu subur kan…

satu lg cara kalo kuar lendir umpama putih telur, tu gak menunjukkan kita tgh subur, dan ovulasi berlaku time tu la…tp aku dok perati tgk dlm 2 bulan ni, tkde pun kuar lendir cam tu…ke aku tak perasan ek…kalo suhu badan kita meningkat pun menunjukkan yg kita tgh subur, tp suhu badan aku mmg tak menentu, susah nak agak kalo setakat men jamah2 kan…kalo dh tkde ovulasi, cmne nk berlaku persenyawaan kan…setau yg aku faham la, ovulasi ni berlaku sekali je dlm satu kitar haid wanita…

bagi yg taktaukan, ovulasi tu adalah proses di mana ovari kita mengeluarkan telur yang matang…telur ni la yg akan disenyawakan oleh sperma suami kita, lalu membentuk janin…kalo tkde persenyawaan, makanya tkde la nk dpt baby kan…

susah sangat nak ramal waktu subur dan bilanya berlaku ovulasi kat aku ni…sbb period aku tak betul sangat kitar dia..kadang awal..kadang lambat…kalo purata 28 hari tiap2 bulan senang la agak kan…

tapi bila aku gugel pasal ovulasi ni, aku terjumpa kaedah Fertility Test. sangat mudah dan cepat sbb dia mcm kit nk test pegnen tu…rasa mcm nakgi beli je la…tp taktau la ada ke tak kat farmasi kat sini kan…harganya pun belum tentu la berapakan…ada banyak lagi la cara usaha yang aku akan cuba..pastu smalam aku baca kat buku Zikir Asma Al-Husna, untuk dptkan anak yg soleh, anak yang cantik dan anak yg sihat, isteri kena puasa 7 hari berturut2, pastu baca Ya Khaliq Ya Bari Ya Musawwir masa nak berbuka tu…rasanya mcm tu la..nanti aku betulkan semula ek…tetiba lupa lak…huhuhu…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

7 Responses

  1. Dakjaat says:

    “mcm tipis je..tanda2 nk period dah pun keluar…haihhhh…”

    bawa bersabar…kawan saya pernah bercerita mengenai nabi (x ingat nabi mana).. katanya nabi memohon sesuatu daripada Allah… apa yang dipohonnya mengambil masa yang terlalu lama utk dimakbulkan namun nabi tetap bersabar.. bersabar bersabar dan bersabar sehingga beratus tahun..

    jadi, kalau nabi boleh bersabar utk jangka masa yang lama kenapa tidak kita? 🙂 heee!! perbetulkan saya kalau tersilap kata.

    • sabar tu memang sentiasa ada…kalo tkde sabar taktau la kan dh jadi apa..hehe…

      • cikmilah says:

        Salam kak, maaf mengganggu. Tiba-tiba saya tersesat kat sini. Hehe.
        Saya rasa saya nak cuba teka, yang saya tahu pasal nabi tu jawapan dia kisah antara Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Kisah bukti kesabaran & kasih-sayang family Nabi Ibrahim pada Sang Pencipta 😉

        Seingat saya, sepanjang Nabi Ibrahim hidup ber family, mereka diuji dengan ujian-ujian besaq gedabak yang menjadi iktibar untuk kita (musim haji, air zam-zam, kaabah dan sambutan qurban)

        Betulkan & maafkan saya yang mentah ini kot tersilap.. (^^,)v

        • rasanya betul dah tu dik…Nabi Ibrahim AS diuji dgn pelbagai ujian termasuk terpaksa menyembelih anak sulungnya Nabi Ismail atas perintah ALLAH SWT..di situ bermulanya hari raya korban kan…

  2. Kreuger says:

    usaha lagi.. semua tu urusan tuhan.
    lagi satu pastikan anda dan suami mengamalkan
    senaman hari-hari Mau… hahaha insyaallah lekat.
    bila dah lekat.. bleh a selang seli senaman tu.

    P/S: Pesanan untuk ejam sekali… hehehe… sabar ye.

    • senaman hari2 mau ek…erm, tk dpt nak dilaksanakan memandangkan kami ni berjauhan…agaknya itu jugak menjadi penyebab susah nak dpt kot…tkpela, dh tkde rezeki, nak wat cm mana kan…redha ajerla…

  3. sazlin says:

    lin sekarang nie pun tengah mencuba ……actually dah ada daughter 5 years….sekarang nie tgh planning nak dapatkan 2nd baby…..tapi rezeki masih belum menyebelahi…

    sebenarnya dah 4 tahun dan makan pil perancang mercilon…kemudian stop bulan 11 tahun 2009….hingga sekarang masih belum lekat (9 bulan)…

    suami saya pun memang jarang berada di rumah…..

    nak kata sedih tak jugak……tapi saya kuatkan semangat tuk berusaha untuk dapatkan yang lebih baik…sesiapa yang tanya bila nak yang ke 2….saya akan cakap doakan tuk saya kerana saya tengah berusaha…..amin…..

    hanya allah yang maha mengetahui apa yang terbaik bagi umatnye…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *