Pencerapan Pensyarah bagi P&P Sesi Julai 2011

1st time dicerap...nevess jugak...

Alhamdulillah, akhirnya lega jugak td selepas selesai proses pencerapan…1st time semenjak menjadi pensyarah ni…proses pencerapan ni bertujuan untuk memastikan proses  pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan…

Pegawai Pencerap aku adalah Tuan Pengarah sendiri…memang sangat neves la kan…big boss tu…mula2 masa nak start kelas, mmg gigil la jugak…tangan pegang pen mcm tak berapa nak lekat je masa nak tanda kehadiran pelajar …sure student nampak masa tu…lantak la kan…bila dah mula buat kuliah, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar…buat tak nampak jer big boss kat dlm tu…student plak mmg sayang habiss la kat dorang..sporting giler…bagi 100 percent kerjasama…interaksi dua hala berlaku dengan baik…cuma ada jugak yang problem…datang lambat….padahal dah pesan suh dtg awal..sejam tu lambat dr yang dijanjikan…haihhhhh…mencacatkan markah aku jer….

Ada beberapa teguran membina yang diberi oleh big boss dan akan aku perbaiki selepas ini….bila dah lepas kena cerap, barulah tau apa yang sepatutnya dilakukan….walaupun bukan major kesalahan, namun tuk penambahbaikkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, teguran2 seperti itu sangat diperlukan…tkdela pensyarah mengajar syok sendiri jer kan…harap2 lepas ni akan bertambah baiklah kualiti pengajaran aku….aminnn…


										

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *