PENDAFTARAN PELAJAR BAGI KEMASUKAN SESI MAC 2017

Assalamualaikum semua.

Tenggelam timbul tenggelam timbul blog ni kan. Asyik tak menyempat nak menghapdet. Berkejaran dengan kerja-kerja yang memerlukan keutamaan. Tapi kali ni kena ambil peluang la nak berkongsi info dengan semua. Salah satu usaha untuk mempromosikan pendaftaran pelajar bagi kemasukan Sesi Mac 2017.

Kolej Komuniti Jerantut

Rasanya ramai dah yang tahu yang #sayapensyarahkolejkomuniti. Buat masa ni berkhidmat di Kolej Komuniti Jerantut. Di KOLEJ KOMUNITI JERANTUT ni, ada dua program iaitu program SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN dan program SIJIL AKUAKULTUR. Tempoh pengajian sangat singkat dari 16 hingga ke 20 bulan jer. Yuran pengajian pun hanya RM200 per semester. Pengambilan adalah pada Mac, Julai dan November setiap tahun. Yang terbaru adalah sesi Mac ni la.

Tarikh pendaftaran untuk kemasukan sesi Mac 2017 adalah pada 6 MAC 2017. Syarat nak masuk kolej komuniti ni sangat mudah, janji LULUS SPM sahaja. Yang result tak comei pun boleh masuk. Yang dapat semua E pun boleh. Yang tercicir tak dpt sambung mana2 pun boleh masuk. Yang takde buat apa, boring2 kat rumah pun boleh masuk. Berita baiknya TIADA HAD UMUR, tak kisah kalo SPM tahun 2000 pun boleh daftar, janji LULUS SPM. Mudahkan. Punyalah nak bagi peluang supaya semua orang dapat kemahiran. Kemahiran yang diperolehi ni bukan sajer2 tau. Boleh jadi punca pendapatan. Ada kemahiran, boleh buat duit kan. Nak jadi usahawan boleh, nak makan gaji boleh. Nak sambung belajar pun boleh. Laluan kerjaya sangat cerah dengan Sijil Kolej Komuniti ni.

Laluan Kerjaya Sijil Kolej Komuniti

Jomlah pakat ramai-ramai masuk kolej komuniti. Memang puas hati tau. Kami akan bantu sedaya upaya supaya anda semua menjadi juara. Ingat yer, tarikh pendaftaran 6 MAC 2017. Ajak kawan-kawan sekali. Yang mak ayah pakat suh anak masuk kolej komuniti di Kolej Komuniti Jerantut, Pahang yer. Kalau nak tanya apa2 info, boleh hubungi terus pejabat Kolej Komuniti Jerantut di talian 09-266 2945 atau boleh whatsapp/telegram saya di 019-9510980. Boleh mohon secara “walk in” seperti langkah2 di bawah jugak. Atau kalo nak mohon secara online, sila isi borang kat bawah ni BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN KOLEJ KOMUNITI JERANTUT

Permohonan Secara “Walk In”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *