Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Julai 2010


Pejam celik pejam celik, cuti semester dah pun berakhir. Minggu ni dah start pendaftaran untuk pelajar baru (13 Julai 2010) dan pelajar lama (14 Julai 2010). Minggu depan dah mula sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Julai 2010. Bermula episod kekalutan dan kepenatan bagi semua pensyarah KKTM.

Proses pendaftaran pelajar baru berjalan dengan lancar walaupun kehadiran pelajar yang mendaftar di luar dugaan. Jumlah yang terlalu besar berbanding semester-semester lepas. Program yang paling mendapat sambutan adalah Program Sijil Teknologi Maklumat, kemudian diikuti dengan Sijil Fesyen dan Pakaian dan Sijil Penyenggaraan Bangunan. Setakat ni seramai 142 orang pelajar baru yang mendaftar.

Kiranya semester ni agak meriahlah kolej ini dengan kehadiran pelajar-pelajar baru dan pelajar-pelajar lama. Harap-harap tiada pelajar yang bermasalah. Dan nampaknya pensyarah-pensyarah pun terpaksa bertungkus lumus untuk mengajar. Jam kredit pensyarah juga akan bertambah berbanding dengan semester lepas.

Pelajar-pelajar sedang beratur menunggu giliran untuk mendaftar. Kaunter dibuka mengikut program yang diambil. Semasa daftar masing-masing berpakaian kemas siap bertali leher. Kalau imej ini dikekalkan sehingga tamat semester lagi bagus.

Pensyarah-pensyarah yang menjaga kaunter pendaftaran tak menang tangan. Segala dokumen perlu dicek dengan teliti.
Kaunter di mana pelajar baru mendapatkan fail dan peralatan yang perlu digunakan untuk minggu suaikenal berlangsung. Kaunter yang meriah dengan baju MSK yg berwarna oren.

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

1 Response

  1. velasrizal says:

    aku pn nk stat sem baru dh ni..

    Ben Nyah Pesaing Ben Ashaari ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *