Pengalaman Bersalin…

Assalamualaikum…

Fuhhh, susah betul nak curik masa tuk update blog…sejak mula keja ni, langsung takde masa nak berblog…kat opis memang tak sempat la kan…banyak keja lain nak buat lg…balik umah plak layan si kecik…macam lebih bermakna masa tu kalo dibuang kepada anak berbanding dengan menaip entri di blog…boleh macam tu? hehe…takdelah, masih dalam fasa nak membiasakan diri sebagai ibu yang berkerjaya…so far agak mencabar lg…tetiap hari terkejar dan mengejar…even bangun kul 5 pagi, masih lg terkejar-kejar…nak pam susu, siapkan bag susu Haq, bag baju Haq, siapkan barang2 nak bwk utk pam susu di opis, buatkan bekfas n masakkan lauk tuk tengahari…selalu macam tak cukup masa..tu belum lagi kalo Haq bangun awal…nak layan dia lagi…kalo bangun kul 4 pagi, InsyaAllah boleh setel dalam keadaan tenang la kot…

Hari ni kebetulan cuti Hari Hol Pahang,Haq plak tgh syok tido..ujan di pagi hai, sejuk jer…lena dia tido…sempatla nak intai blog ni sikit sebelum bersawang kan…akan cuba membuat entri seringkas mungkin…takut Haq bangun, terbengkalai la plak kan…tu pun dah start2 gerak2 dah tu…jap lg bangun la tu…

Nak sentuh sikit berkenaan keyword yang masuk ke blog ni…banyak keyword macam pengalaman bersalin dan pengalaman melahirkan anak, ni mesti bakal2 ibu yang akan melahirkan anak pertama ni…macam ai dulu la..selalu je google berkenaan pengalaman bersalin, just untuk tambah pengetahuan…

Keyword berkenaan pengalaman bersalin..ni mesti bakal2 ibu ni…sama mcm aku dulu, search online nak tau pengalaman orang..hehe

Tapi ketahui la wahai bakal-bakal ibu sekalian, pengalaman bersalin setiap orang takkan sama…ada yang sakit sikit je, ada yang sakit kuat, ada yang sakit sekejap je dan ada yang sakit lama..tak boleh nak anggap kita akan sama macam orang lain…tapi boleh jadikan pengalaman orang sebagai pengetahuan dan persediaan untuk menghadapi harinya nanti…yang penting kita kena prepare mental dan fizikal…mental tu yang sangat2 penting…kekuatan dalaman harus ada…tu nak bersalin jer kan…nak menjaga anak lagi la banyak cabarannya…

Pengalaman hampir 13 jam berada dalam labour room sebelum selamat melahirkan si Haq, masih segar dalam ingatan…walaupun sebelumnya dah prepare mental dan fizikal siap2, tapi hampir2 mengalah jugak, siap mintak ngan doktor nak operate jer…betapa seksanya masa dok dalam labour room tu…tapi Alhamdulillah, doa untuk bersalin normal tetap dimakbulkan walaupun sangat jerih…itu pengalamanku, boleh baca kat sini untuk kisah selanjutnya…baca untuk tambah pengetahuan, jangan jadikan kayu ukur sebab semua orang tak sama…berdoa lah moga urusan melahirkan dipermudahkan…InsyaAllah…

yang ni taktau plak pasal apa…sembelit kot…hehe

P/s: Punggung ketat??? apa kes la ni…tertanya-tanya jugak nih…sembelit ke?

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *