PENGALAMAN KENA CUCUK HEPARIN SELEPAS BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Assalamualaikum.

Entri kali ni sejenis trowback, masih lagi berkenaan dengan kisah bersalin. Nak berkongsi kisah kena cucuk heparin. Mungkin ramai yang dah tau pasal heparin, tapi masih ada yang tertanya-tanya, so apa salahnya kita berkongsikan.

Heparin ni adalah sejenis ubat suntikan yang digunakan untuk menghindar pembentukan thrombus dan darah beku dalam salur darah. Injection ni diwajibkan kepada semua ibu yang bersalin secara pembedahan. Sejak bila dikuatkuasakan tu tak pasti, tapi kebanyakannya bagitau sejak tahun 2015 lagi. Tapi ada jumpa artikel mengenai GARIS PANDUAN MENERUSKAN PROFILAKSIS HEPARIN / LOW MOLECULAR WEIGHT HEPARIN (LMWH) DI KLINIK KESIHATAN. Artikel ni tahun 2013 punya. Menurut garis panduan tersebut, heparin ni adalah bagi mengelakkan berlakunya Deep Vein Thrombosis (DVT) seterusnya mengurangkan peratusan kematian ibu selepas bersalin. Antara yang berisiko adalah adalah ibu yang berumur > 35 tahun, yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti > 80 kg, BMI 29, yang bersalin secara pembedahan dan kerehatan (immobilize) yang berpanjangan.

Berbalik kepada kisah saya, selepas bersalin masa tu kat ward, hari pertama dah kena cucuk heparin. Masa kat hospital cucuk di bahu. Jarum yang cucuk tu pendek jer, tp sakitnya boleh tahan jugak. Kat tempat cucuk jadi lebam dan bengkak. Stay kat ward sehingga hari ke-4, bergilir-gilir la bahu kiri dan kanan. Petang hari ke-4, kena sambung cucuk di Klinik Kesihatan Labok. Mula-mula tu mintak nak cucuk kat klinik desa terdekat, tapi misi tu cakap dia tak boleh cucuk, kena gi Klinik Kesihatan Labok, memang ada nurse yang akan standby utk cucuk. Timing cucuk adalah jam 8.00 pagi dan 6.00 petang. Jumlah suntikan adalah sebanyak 20 suntikan, so mengambil masa 10 hari. Amaun suntikan bergantung kepada berat badan masing-masing, macam saya kena suntik 1 mL setiap suntikan.

Bayangkan masa tu musim hujan, pagi petang ulang alik gi klinik, pantang mcm tak pantang la jawabnya. Ada juga terlintas di hati nak cucuk sendiri, tapi bila refer kat misi, agak berisiko jugak la nak cucuk sendiri. Dengan takde keyakinan jugak masa tu, so last2 surrender jugak, berulang la hari-hari sehingga hari ke- 10. Di Klinik Kesihatan Labok, misi cucuk di bahagian peha. Tapi ada cara jugak nak menentukan tempat nak cucuk tu, bukan boleh cucuk sembarangan tempat. Lebam dan bengkak di bahu belum pun hilang, dah bersambung ke peha pulak. Ambil masa yang agak lama jugak nak hilang kesan bengkak dan lebam tu.

Tapi bila difikir-fikir balik, demi untuk kesihatan diri sendiri jugak kan, apa lah sangat bersusah-susah sedikit kan. Kita takkan tau apa yang akan jadi kat badan kita, macam-macam kemungkinan, so bila dah kena suntik tu, redha jer la. So kepada ibu-ibu di luar sana, bersedia la siap-siap nak kena suntik heparin kalo kena bersalin secara czer yer. Ada jugak yang beritahu, kalo nak yang suntik sekali je sehari, boleh beli sendiri ubat heparin di farmasi. Boleh refer doktor masing-masing nanti.

Sekian dulu trowback kali ni, nanti nak share pasal prolonged jaundice pulak di entri akan datang.

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *