Dhiyaulhaq Zhafran, nama yang diberikan kepada putera sulung kami…dilahirkan pd 18 Januari 2012…3.34 petang di Hospital Daerah Machang…pengalaman nak melahirkan Haq tak dapat nak digambarkan macam mana..ada yang terlalu indah dan ada jugak yang scary sehinggakan rasa taknak bersalin lg…tu rasa bila dok dm labour room la…huhuhu…
Ingin nak kongsi dan dijadikan kenangan abadi rentetan peristiwa sebelum kelahiran Haq kesayangan ni….
27 Disember 2011: Pergi klinik untuk rutin checkup…last scan dibuat…tetiba doktor cakap air ketuban kurang, 8.47 cm…dia nak rujuk pakar di Hospital Temerloh…mula2 katanya kena gi checkup kat sana jer…tup2 terus kena admit…petang tu dengan rasa lemah longlai, pergila ke Hospital Temerloh untuk admit di sana…doktor pelatih scan n dia ckp air ketuban lebih dr 10 cm AFI…katanya macam ok…pastu malam plak MO scan dapat 3 cm n terus dia buat keputusan untuk induce keesokkan harinya…aku request untuk cek dgn pakar…so tunggu esok…
28 Disember 2011 : Pakar datang buat checkup n scan, air ketuban dah jadi 2 cm…doktor pakar ckp konpem kena induce hari tu jugak…so aku request nak balik bersalin di Kelantan..doktor tu suh aku admit ke Hospital Kota Bharu atau lebih dikenali sbg Hospital Raja Perempuan Zainab II..petang slps discharge dari Hoshas, terus kemas2 gerak balik ke Kelantan…
29 Disember 2011 : 3.30 pagi sampai di Kelantan…rehat2 n tido dulu…siap sempat gi shopping dulu sblm ptg tu admit ke HRPZ II..kat sana scan buat, AFI 7.4 cm …still ok air ketuban…tp kena stay utk pemantauan sehingga hari ahad iaitu 1 Januari 2012…
1 Januari 2012 : Sekali lagi scan dibuat oleh pakar, air ketuban 10.1..so boleh discharge n tunggu untuk bersalin mengikut due iaitu 21 Januari 2012…tp seminggu lepas tu aku kena buat checkup lg utk memastikan air ketuban tidak berkurangan…aku mintak nak buat checkup di Hospital Tanah Merah jer sbb dekat sikit ngn rumah…Dibenarkan memandangkan di HTM pun ada pakar…
8 Januari 2012 : Checkup di Hospital Tanah Merah…scan dpt air ketuban 9.84 cm…so still boleh tunggu utk bersalin normal tanpa perlu kena induce…doktor tu cuma bagi surat utk kemasukan ke hospital sekiranya aku tak bersalin sblm 21 Januari nnt…
12 Januari 2012 : dalam kul 11 pagi, terasa mcm ada keluar something kat bawah…bila cek, ada lendir campur darah…tanya mak, dia ckp tu tanda2 nak bersalin…tp tkde rasa sakit ke apa…so tunggu jer la…
14 Januari 2012 : dah start sakit2…tak senang duduk dibuatnya..asyik ulang alik ke toilet, nak terberak dan terkencing..lendir campur darah still keluar…mak dah risau…so mlm tu terus ke hospital tanah merah..ingatkan dah betul tanda2 nak bersalin…bila cek jalan baru bukak 2 cm…masuk ward dulu…
16 Januari 2012 : doktor benarkan utk discharge, katanya blm masanya tuk bersalin…walaupun aku ckp dah ada rasa sakit2…so nak buat camne..ikut jerla kan…rasa sakit memulas2 makin kuat sehingga ke malam…
17 Januari 2012 : sakit makin tak tertahan…rasa memulas2 setiap minit…nak tido tak leh langsung…kul 3 pagi kejutkan mak bangun…buat keputusan utk terus ke Hospital Machang (dibenarkan utk bersalin di hospital tak berpakar memandangkan air ketuban dah normal)…sampai di sana, masuk labour room n cek jalan, baru bukak 2 cm…masuk ward dulu…encik suami akan gerak balik hari ni..nak jugak dia balik sbb mcm susah sgt nak bersalin, maybe baby nak tunggu papa dia ada sama…sakit dtg sekejap2 pagi..pastu makin kuat petang n ke malam…cek jalan last ktl 11 lebih malam, jalan dah bukak 5 ke 6 cm…
18 Januari 2012 : sakit makin tak tertahan…nurse hantar ke labour room dlm kul 2.30 pagi…cek jalan di sana masih 4 cm katanya…masa cek jalan, nurse tak sengaja terpecahkan air ketuban…pastu kena tunggu jalan bukak 10 cm…nurse tu bajet dlm kul 6.45 pg akan bukak 10 cm…6.45 pagi cek, jalan baru bukak 6 cm…sakit dah tak tertahan…rasa nak meneran jer…nk terkencing pulak dia tk bg gi toilet..kencing pakai tiub, sakit sgt2…badan dah rasa penat sbb dah 2 mlm tak tido…dlm dok sakit2 n takde tenaga tu, pikir nk operate jer lah…dah rasa give up dah…mcm tau jer ada masalah sbb jalan mcm lambat jer nk bukak…bila request operate, dorg ckp tkleh..kena ikut prosedur…nurse masukkan ubat utk kuatkan contraction…dia ckp akunyer contraction tak kuat sbb tu jalan susah nak bukak…bila dah masukkan ubat, sakit contraction tu makin keral dtg disusuli dgn rasa nak meneran…tp dorang tk bg aku teran..suh aku tahan…encik suami masuk utk temankan aku dr pagi lagi…kul 12 tgh, jalan baru bukak 7 cm…still kena tunggu lg…badan dah lemah giler…dgn tak tido nyer, tak makan n tak minum…harapkan air yg dorang masukkan jer…permintaan aku tuk operate tak dilayan…aku bukannya tak thn sakit contraction tu…tp tak tahan bila dorg tak bg aku nk teran..seksa sgt2 dok menahan yang tu…dlm kul 2 lebih, dtg doktor pakar dr Hospital Kuala Krai….masuk2 jer terus bg semangat kat aku…dia cek jalan dah bukak 9 cm…dia ckp dlm masa sejam aku akan bersalin…dia ajar camne posisi yg betul n cara2 nak meneran…dgn kata-kata dia la, aku dpt semangat semula…dia tinggikan dos ubat tuk contraction tu…sakit makin kerap…akhirnya tepat jam 3.34 petang, keluarlah baby lelaki…lega rasanya bila dia dah kuar…hilang segala rasa sakit…taktau la berapa kali push baru bleh kuar…rasanya byk kali sgt2…tali pusat terbelit 2 kali kat leher baby…seb baik tkde apa2…kul 5.30 petang aku dihantar ke wad…selamat sudah semuanya….
Hampir 13 jam dlm labour room…suatu pengalaman yang amat mengerikan….tobat rasanya tkmo bersalin lg…tp itu lps tulah…skang ni dah ok dah…rasa nak anak lg…hehe…suatu pengalaman yang tak dpt dilupakan….


pengalaman sayang merupakan pengalaman b juga.
ingat lagi tak kena babap kat dalam labour room…bila ingat balik kelakar pun ada coz itu tindakan spontan b…hehe
memang benar, Haq tunggu papa dia balik barulah nak lihat dunia.
Ingat…org sakit dibabap pulak…hehe…
haha…
jika anak kecil tu mampu memahami tulisan entri ini.. pasti ia akan menghargainya
akan diajar agar dia lebih menghargai papa dan mamanya, insyaAllah.
Suatu hari nnt bila dia dh pandai membaca..akan suh dia baca entry ni…hehe
HEEE…ngeri ke kak??
Tapi tu laa pengalaman [aling best dlm hidup~
Sy alhamdulillahh 3x teran jee~
Ngeri la jugak…sbb lama sgt dok dlm tu…mcm2 maslah…teran tktau brp kali tp mcm byk kali gaklah….
Alhamdulillah, semua dah selamat… bila dah bersalin, mesti rasa nak bersalin lagi sekali, kan? hihihi