PENGALAMAN MISSED MISCARRIAGE

Assalamualaikum.

Dah lama tak berblog. Lupa mcm mana nak start dah, hehe. Just nak kongsikan pengalaman keguguran baru-baru ini. Untuk kenangan diri sendiri.

Hujung bulan Mei 2016, waktu sepatutnya period datang, tapi tunggu2 sampai awal bulan 6 tu tkde. Dah boleh agak, mesti pregnant ni. Mula-mula mcm taknak cek UPT lagi, tapi Encik Suami dah belikan Pregnancy Test tu. Masa tu dalam minggu pertama bulan puasa. Sah positf, dua line yang terang benderang. Siap cakap lagi kat Encik Suami, terang betul line yang timbul. Kadar hormon tinggi ni, baby mesti sihat. Mengikut perkiraan sendiri dalam 5 minggu kot usia kandungan.

Result UPT

Result UPT

Bila dah tau pregnant, mula la datang tanda-tandanya. Dari pagi hingga ke petang, asyik pening dan mual je. Tapi yang pelik takde muntah-muntah. Puasa pun boleh. Mungkin sebab awal lagi sebab tu tkde muntah-muntah sangat. Makan pun berselera macam biasa.

Masuk minggu ke 8 lebih kurang, pada tarikh 30 Jun, pergi kerja mcm biasa. Kebetulan hari tu kena uruskan pasal stor. Ada angkat kertas tapi tak banyak pun, dan tak berat sangat pun. Cuma ke hulu ke hilir dok ulang alik dari meja ke stor sebab tengah cek stok. Nak siapkan laporan. Dah siap laporan, pergi toilet dan nak solat. Terperasan ada spotted warna coklat. Bila cek dengan tisu, ada darah merah bercampur lendir. Masa tu berdebar-debar sangat. Macam-macam dah dalam fikiran, tapi teringat kisah masa mengandung ke si Aqil, sama jugak keluar darah macam tu. Okey, hilang sedikit rasa gusar di hati. Cadang nak terus pergi klinik petang tu jugak, tapi memandangkan masih banyak kerja yang perlu disiapkan. Esoknya confirm dah mesti cuti, so settlekan kerja dulu. Keluar darah tu sikit2 berterusan sampai ke malam.

Esok pagi kami ke Klinik Kesihatan Mentakab, bagitau sbb bleeding. Nurse suh cek UPT dulu. Dah cek confirm positif, rujuk doktor. Doktor tak jumpa pun, tapi suruh refer kecemasan kat HOSHAS. Sampai hati. Kalau tau, baik terus ke sana je.

Sampai di kecemasan, mcm biasalah, cek bawah, scan bagai. Takde heart beat je dengar doktor tu cakap. Lepas tu suh rujuk EPAU, kat Klinik O&G. Dipendekkan cerita, cek sana cek sini, jumpa doktor pakar. Scan lagi sekali. Doktor tu bagitau dengan jelas. Kantung ada, tp tiada janin. Heart beat pun takde. Doktor yang cakap tu soft spoken sangat. Dia bagitau bleeding tu maybe disebabkan oleh early pregnancy atau pun kemungkinan nak miscarriage. Tapi kantung nampak sihat, mungkin tkde masalah. Dia suruh datang repeat scan semula dua minggu lagi. Kalo takde jugak, terpaksa cuci. Mendengarkan perkataan kena cuci tu, dah hancur luluh rasa hati. Berdoa pada Allah, moga kandungan selamat. Encik Suami yang positif cakap takpe, kita balik cuti raya kat kampung dulu. Kemudian kita fikir.

RESULT SCAN HOSHAS

Result scan di HOSHAS, nampak kantung je.

PROGRESS NOTE HOSHAS

Hasil pemeriksaan.

Seminggu di kampung, bleeding still keluar. Tapi sikit-sikit macam biasa. Time buang air je baru ada. Masih positif kandungan takde apa-apa. Bila balik kampung, istilah nak rest tu memang takde la kan. Dengan persiapan nak raya lagi, dengan anak-anak lagi. Redha dah masa tu kalo apa-apa terjadi. Takde tanda-tanda sakit, so Ma pun cakap InshaAllah ada tu katanya.

Hari terakhir di kampung, masa tu tengah kemas-kemas nak balik Mentakab semula, pagi tu darah keluar mcm banyak sikit. Bila dah sampai sini pun sama, lebih dari biasa. Memang rasa tak sedap hati. Hari Isnin masih cuti lagi. Kami ke Klinik Pakar Wanita Chan, bagitau sebab bleeding. Doktor Chan scan, terus dia cakap “dia nak gugur dah”. Mak aihh masa tu, dalam hati directnya doktor ni cakap, takde nak berlapik-lapik dah. Tapi masa tu takde nak menangis ke apa. Boleh terima dengan hati terbuka. Masuk je kereta, barulah menangis. Sedih la jugak kan. Doktor Chan nasihatkan supaya cuci, tapi memandangkan temu janji dengan Klinik O&G dah dibuat pada 14 Julai, maka kami decide jumpa pakar kat HOSHAS je.

RESULT SCAN DI KLINIK PAKAR WANITA CHAN

Result scan di Klinik Pakar Wanita Chan. Missed Abortion doktor tu tulis.

Selasa dan Rabu, gi kerja macam biasa. Bleeding dah macam period. Siap keluar ketul2 darah hitam pekat. Tapi tkde rasa sakit. Ke hulu  ke hilir macam takde apa yang berlaku. Sebenarnya dok harap, “dia” keluar dengan sendirinya. Tak perlu nak kena cuci kan. Petang rabu balik dari kerja, keluar seketul mcm daging. Ingatkan dah keluar la kan. Positif esok jumpa pakar tak perlu kena cuci.

14 Julai 2016, pagi-pagi lagi kami dah menapak ke Klinik O&G HOSHAS, doktor repeat scan. Masa tu dengan MO je, sbb doktor pakar yang handle sebelum ni takde. MO tu scan atas tak nampak, dia scan dari bawah. Still tkde nampak janin. Dalam hati dok cakap, dah memang takde. Tapi yerlah, dia mesti ikut prosedur kan. Still nampak kantung masa dia scan tu. Tapi kosong. So MO tu nasihatkan supaya cuci. Banyak risiko kalo tak cuci. Bla..bla..bla dia dok cerita. Respect sangat cara dia bagitau, padahal MO tu Chinese, memang takde nak tersinggung ke bagai. Kita pun boleh terima dengan baik. Tapi bila dia bagitau risiko selepas masa proses cuci dan selepas cuci, yang kemungkinan akan tumpah darah, rahim bocor la dan bla..bla, siap bagi warning “doktor kena pastikan benda tu tak berlaku”. Yerla dah dia cerita macam2, takutlah kita yang mendengar ni kan. Dia arahkan terus masuk ward, tapi kami mintak nak balik dulu, nak packing barang semua. Janji nak check in sebelum pukul 3.

On de way nak check in ke ward.

On de way nak check in ke ward.

Seperti yang dijanjikan, check in sebelum pukul 3. Kena isi macam-macam borang gak la utk proses cuci atau dorang dok sebut S&C (Suction & Curettage). Dalam hati ni gusarla jugak takut sakit ke apa. Tak nak bayangkan apa-apa masa tu. Malam tu, nurse masukkan ubat untuk melembutkan najis. Ya Allah sakitnya lebih daripada nak bersalin. Punya lah memulas-mulas. Dalam hati risau dah, ni baru ubat melembutkan najis. Lepas ni apa pulak la. Nurse bagitau kena puasa start kul 12 malam. Tapi dalam pukul 9 dah tak makan apa. Makan petang pun makan nasi hospital, pukul 5.30 dah dinner. Nasib bawak biskut, makan la biskut untuk alas perut.

Pagi-pagi pukul 6 lebih, nurse datang bagitau suruh mandi siap2 dan tukar baju untuk masuk ke operation. Lepas tu doktor masukkan ubat kat bawah, katanya ubat untuk melembutkan pintu rahim. Pukul 8. 20 macam tu, ditolak ke Dewan Bedah. Sebelum tu park kat Pre-Operation Room dulu. Kat situ jumpa doktor yang terangkan pasal bius semua. Pukul 9, masuk Bilik Bedah.  Doktor cucuk ubat bius. Sakit sangat-sangat. Lebih dari satu rasanya dicucuk. Yang mula-mula paling sakit, yang lepas tu dah kurang sikit. Sekejapan je dah tak rasa apa2 kat bahagian kaki. Sedar-sedar dah siap katanya. Preparation dia agak makan masa, masa buat proses S&C tu rasanya dalam 15 minit kot.

PERSEDIAAN KE OPERATION ROOM

Prepation sebelum ke Dewan Bedah

Selepas dah siap, ditolak ke kawasan Post-Operation Room. Taktau apa yang dorang buat kat situ, tapi macam dok monitor sesuatu. Yang peliknya dia boleh tau, yang kita tengah pening. Tapi memang pening pun masa tu, rasa nak muntah pun ada. Doktor yang bius tadi, cucuk ubat melalui drip. Lepas tu dah hilang sikit rasa pening. Dorang selimutkan dengan selimut pemanas, nak stabilkan suhu badan, lepas tu dia bagitau, kena cuba gerakkan kaki dulu. Dah boleh gerakkan kaki baru akan tolak masuk ke ward harian semula. Dalam setengah jam jugak la kat situ, kaki memang tak rasa apa2. Tapi bila nurse suh gerakkan jari dan bengkokkan lutut, rasa mcm tak boleh, tapi nurse kata dah bengkok pun.

Masuk balik kat ward sebelum ni. Doktor dan nurse pesan kena baring flat selama lebih kurang 6 jam. Tak boleh angkat kepala langsung, nak elak side effect lepas ni. Kalo bergerak jugak, kemungkinan akan kena sakit kepala berpanjangan katanya. Takut pulak dengarnya. So baringlah flat sampai kul 5 petang. Sakit pinggang Allah je yang tau. Dah la sorang-sorang kat ward tu. Sedih sangat masa tu, tapi cekalkan hati jugak. Encik Suami datang dan jumpa sekejap lepas keluar dr operation room tu. Tapi balik sebelum solat Jumaat, petang dah tak datang sebab anak-anak takde orang nak jaga. Rasa lonely sgt masa tu. Orang lain semua ada suami di sisi dan ahli keluarga datang melawat. Keraskan hati je. Tak sabar nak balik rumah.

Esok pagi doktor pakar datang melawat, repeat scan semula. Alhamdulillah boleh discharge. Lega semuanya selesai, takde nak kena repeat S&C semula. Doktor ada bagitau kemungkinan kena repeat S&C kalo still ada saki baki yang tertinggal. Rasa sakit pun takde, cuma sakit pinggang kat tempat cucuk bius je. Dapat MC 14 hari. Bermulalah episod pantang memantang di rumah.

Janggal juga rasanya berpantang tapi tiada baby di sisi. Tapi redha, Allah sebaik-baik Perancang. Ada hikmah yang tersembunyi yang mungkin kita sendiri tak nampak. Belum ada rezeki nak beranak tiga. Syukur Alhamdullillah, Allah berikan kesihatan yang baik dalam tempoh berpantang ni. Syukur juga tak merasa rasa sakit macam yang diceritakan ibu-ibu lain. Sepanjang proses miscariage ni, takde langsung rasa sakit. Masih ada masa, boleh cuba lagi lain kali. InshaAllah.

 

 

You may also like...

1 Response

  1. 02/08/2017

    […] mata kami yang ketiga, secara kiraannya yang keempat namun pernah keguguran sekali. Boleh baca kisah keguguran itu di blog isteri saya ini, sedih tapi syukur atas setiap sesuatu yang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *