permulaan hari yang sangat tidak best di tahun 2010

mak aihhh, panjang giler tajuk…mcm takyah buat entri jer, baca tajuk pun macam dah boleh agakkan nak cakap apa…

haiiihhhhhh~~~~haihhhhhh~~~~haiihhhhhhh lagi dan lagi dan lagi…
orang2 selalu cakap, eh bukan orang orang yang kat sawah atau ladang tu, orang2 kat sini merujuk kepada plural atau ramai yer…ok sambung balik, orang2 selalu cakap, tak elok mengeluh selalu kan…mcm2 la pantang larang sampai aku pun dh tak ingat bila nk tulis kat sini…tp bg aku, aku mengeluh bukan sebab tak bersyukur dengan apa yang ada, tp bagi aku bila mengeluh, mcm aku dpt lepaskan beban yang berselirat di fikiran, mcm akan rasa lega semacam jer…lega untuk sementara je la…

hari ni kiranya hari pertama bekerja di tahun 2010, tersangat tidak ada mood, sementelah plak bercuti panjang ari tu, tp takla sepanjang mana pun, cuma amik cuti ari khamis jer pun kan…tapi kan walau 4 hari jer aku cuti, terasa amat lama, mungkin disebabkan menghabiskan masa bersama encik suami kot…bahagianya hidup Allah je yang tau…main masak2 utk encik suami, makan sesama, kuar jenjalan sama2, lepak2 tepi pantai di bawah bulan purnama yang mengambang penuh di malam tahun baru sesama…mandi sesama…opssss, mandi di kolam ayer panas maaa…tengok wayang sesama, window shopping sesama, ish banyak la menda yang buat sesama, best sangat…

itulah yang menyumbang kepada perasaan tidak best ari ni, sebab untuk kesekian kalinya terpaksa berpisah lagi dengan encik suami…bila lah agaknya nak dok bersama suami hari2 ni kan…nak jer rasa perasaan yang bekfas sama2 sebelum gi keja…encik suami anta gi keja…shopping barang dapur ngn encik suami…mcm2 lagi la nk buat sesama…

satu lagi perkara yang membuatkan aku tidak bermood baik ari ni sebab dah mcm ala2 derhaka kat encik suami kot…kalo merajuk tu derhaka ke ek??? konpius plak…hehe…petang smalam masa on de way balik dr Meru ke Mentakab, boleh kira berapa patah aku cakap ngn encik suami, yang selebihnya aku tido jer n muka monyok toksah ckp la kan…itu tanda protes sebab encik suami tak ckp awal2 yang dia akan terus balik Selayang lepas anta aku…aku bajet dia akan gerak pagi isnin…siap dah plan nk masakkan spagetti utk dia for dinner…minda sedar aku jd tak berapa sedar semalam dan telah bertindak di luar kawalan…

pikir2 balik, sian plak kat encik suami aku buat cam tu, tapi tindakan tu otomatik la, dah puas pujuk ati sampai tertido2 lam keta…nak nangis takut encik suami perasan, pejam mata konon nak tahan dr nangis, last2 terlelap sampai tak sedar apa..rasanya encik suami taktau pun aku merajuk n protes…dia ingat aku penat tu yang asek tertido jer…

last2 bila dah sampai Mentakab, aku lak menyesal buat camtu kat encik suami, nak2 plak bila tengok dia kepenatan yang amat…dahla nak drive balik Selayang plak…ikutkan hati nak je guna kuasa veto tak bagi dia balik malam td…tapi berkesan ke kuasa veto aku tu? macam tak je…sudahnya dengan berat hati melepaskan encik suami pergi…memang berat ati giler2 la…sampaikan aku jd risau lak kot jd apa2 kat dia di perjalanan…last2 aku redhakan jugak dia balik Selayang…karang aku tak redha, jadi apa2, sapa yang susah, aku jugakkan…sapa tak sayang suami weh….

aku ni bukannya apa, tkde niat pun nak jd isteri yg ngengada cenggitu…aku cuma kesiankan dia, mesti penat kan nak drive jejauh…tu yg aku ingat dia dpt rehat dulu kat Mentakab ni…risau tau dia nk drive balik ke Kl malam2, jalan dahla selekoh berbahaya jer…sorang2 plak tu…kalo ada aku kat sebelah tu okeyla jugak, even dok tido jer, tp at least ada la teman kan…hehehe…

khas kepada encik suami yang tercinta:
B, sayang mohon ampun banyak2 ek sebab buat cam tu semalam…takde niat nak derhaka ke apa..tp otomatik jd cenggitu…rasanya sebab takleh nak terima hakikat nak berpisah ngn B kot…lain kali B ckpla awal2 ngn syg plan B…keciwa tau takleh masak spagetti utk B…

p/s 1: alkisahnya merajuk sebab takleh masak spagetti untuk encik suami…so sweet kan…hehe…

p/s 2: akan cuba untuk tidak merajuk lagi…kalo la dapat…hehehe…

p/s 3: rindu sangat pd encik suami….maafkan syg yer…

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *