PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM

3 November 2014, tarikh di mana bermulanya peperiksaan SPM bagi adik-adik kita. Semoga segala urusan berjalan lancar. Apa-apa diharap adik-adik dapat fokus 100% dalam menjawab segala soalan yang diberikan. Jangan terlalu stress, jangan terlalu fikirkan soalan apa yang akan keluar. Yang pasti adik-adik dah pun membuat persediaan awal. Sekarang cuma tinggal nak keluarkan semua input yang ada selama ini.

Di sini saya kongsikan tips untuk menghadapi peperiksaan SPM. Sumber dari sini

SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

Kenalpasti kedudukan meja di pusat/dalam bilik peperiksaan.
Pastikan alat tulis adalah mencukupi seperti pen, pensel, pembaris, pemadam dan alat tulis tambahan yang lain. Sediakan spare bagi setiap alat tulis sebagai langkah-langkah persediaan. Beli baru jika alat tulis rosak.
Pastikan kad pengenalan/pengenalan JPN sementara dan slip peperiksan dalam keadaan baik. Simpan di tempat yang selamat.
Pastikan baju uniform dalam keadaan baik dan bersih. Disarankan pakai baju baru untuk lebih semangat dan ceria. Jika tiada memadai dengan baju yang kemas. Gosok baju dan bersihkan kasut.
Pastikan jam tangan dalam keadaan baik untuk mengurus masa, cermin mata dalam keadaan baik untuk mata dan mesin kira (kalkulator) dalam keadaan baik. Gantikan dengan bateri yang baru jika kuasa kalkutor lemah.
Pastikan kenderaan ke sekolah/pusat peperiksaan dalam keadaan baik. Sila service motosikal/kereta bagi pelajar yang berkenderaan sendiri ke sekolah/pusat peperiksaan.

MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

Semak sekali lagi semua peralatan. Letakkan di tempat yang mudah diambil.
Jika perlu menelefon kawan lakukan dengan ringkas.
Jika perlu studi, lakukan secara express, iaitu dengan hanya membelek isi penting sahaja.
Tidur awal. Disarankan tidak lewat pukul 11 malam.

SUBUH/PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN

Bangun awal. Dicadangkan pukul 5.30 pagi. Mandi dan bersihkan diri.Buang air besar dan air kecil. Solat Hajat dan Solat Subuh.
Pakai baju baru/baju bersih/baju yang telah digosok/baju uniform yang kita gemari.
Pakai minyak wangi tetapi jangan keterlaluan. Bedak sudah memadai jika tiada minyak wangi.
Bersarapan yang khasiat. Jangan ambil sarapan yang bersambal dan berlemak. Ambil/makan kismis/kurma.
Ambil semua alat tulis yang diperlukan. Jangan lupa kad pengenalan dan slip peperiksaan.
Minta maaf dengan ibu bapa. Cium tangan mereka.
Datang awal ke pusat peperiksaan.

1 JAM SEBELUM PEPERIKSAAN

Ambil wudhuk.
Lakukan solat sunat.
Jangan lupa senyum.
Buat senaman ringan untuk lebih segar, tarik nafas dalam-dalam untuk menghilangkan rasa gementar.
Banyakkan baca surah al Fatihah, 3 Qul serta selawat nabi untuk menghilangkan darah gemuruh.
Makan gula-gula/kismis/kurma untuk lebih bersemangat dan tenaga tumpuan.
Jangan baca buku, steady, jangan terpengaruh dengan rakan yang membaca buku. Ini akan menyebabkan kita stress/gementar. Ingat kita telah berusaha. Jika perlu membaca buku, baca dengan ringkas.
Jangan panik. Ingat Allah banyak-banyak.

MENJAWAB PEPERIKSAAN

Mulakan dengan bismillah. Jawab dengan tenang.
Buat rangka jawapan jika perlu. Baca dengan teliti arahan soalan dan fahami soalan.
Tanya pengawas jika tidak faham atau terdapat sebarang kesulitan dan kemusykilan.
Jika terlupa jawapan, baca istighfar banyak-banyak dan selawat nabi.

SELEPAS MENJAWAB PEPERIKSAAN

Bertawakkal kepada Allah. Semoga kita peroleh keputusan yang cemerlang.

Tips tambahan dari saya, amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang juga supaya kesihatan adik-adik dapat dikekalkan sepanjang tempoh peperiksaan ini. Jika perlu boleh ambil suplemen untuk membantu adik-adik.

image

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *