Petua Dan Tips Untuk Memudahkan Mengandung

tah nape tetiba terlintas di fikiran untuk mencari info berkenaan dgn petua atau tips memudahkan mengandung…mungkin sebab asyik dok terfikir bila la agaknya aku nak menimang cahaya mata aku sendiri agaknya..mana aci asyik dengar berita baik dr orang…si dia ni dh pegnen, si dia tu dh bersalin..haihhh, tercabar jiwa raga beb…tp nak wat cmne, blm rezeki aku ngn encik suami agaknya….

aku ngn encik suami dok pakatla nak anak yang ramai…tp sampai skang ni tk dpt lagi, tapi tkpe, aku positif..itu semua urusan Allah…yang paling aku jeles m geram amat, banyak pulak kes buang bayi sana sini…mudah sangat dorang ni mengandungkan..dhla buat dosa ngandung luar nikah…dibuang lak bayi yg tak berdosa tu kan…sampai hati dorang…tak kesian ke kat baby tu…aku tgk pun sedih sgt…kalo la bagi kat aku…dah plak tu, kalo yg dah de anak, tak hargai plak, dera sana sini..eii, tensen aku dibuatnya…manusia kebanyakan macam tu kan…masa ada tak dihargai, masa takde tercari-cari…

okey berbalik pasal petua n tips yang aku nk cari ni…sajerla nak berusaha kan, kenala cari info tambahan, mana la tau boleh membantu aku dan encik suami…kadang2 kita ni mcm dah tau, walhal masih banyak yg kita taktau…so dh de tempat nk mencari info terutama pakcik gugel yang banyak berjasa kepada aku selama ni, takkan tak digunakan yer dak…

menerusi pakcik gugel, de la beberapa info yang aku dapat, ada certain2 tu agak personal, malu nk citer kat sini, akan dikongsi bersama encik suami jer nanti..korang nak tau, gugel la sendiri…yang aku nk kongsi dgn korang, aku jumpa satu website ni, de banyakla tips pasal mengandung…n banyak jugak pasal tips lain…kalo korang free, cuba2 la jenguk website ni PakarHowTo ni…korang baca la sendiri…aku taknak ulas panjang2…

cuma apa yang aku nak hailat kat sini, satu dua tiga petua yang menarik minat aku…

1) Petua dari Nabi Muhammad SAW agar dikurniakan anak :~ banyakkan beristigfar dan bersedekah

~> mcm mudah jer kan, tapi kena lah seikhlas hati dan hendaklah semata-mata kerana Allah Taala

2) Elakkan minuman bergas, makanan fast food, jeruk, junkfood, burger, nugget dan jambu batu…

~> kalo ikutkan yang kat atas tu sumer aku suka kecuali minuman bergas..sejak kawin ni hampir tak minum dah sbb encik suami tak kasi..tpi yang lain2 tu sumer aku makan…terutama sekali jeruk n benda2 masam…memang selalu sangat la aku makan…agaknya memang sebab itula kot menjadi salah satu punca aku susah nk mengandung kan…nampak gayanya mulai dari hari ini, aku akan mula meninggalkan segala bentuk dan jenis makanan seperti di atas…kena mintak bantuan encik suami ni, baru mujarab sikit…

3) Banyakkan menyebut nama ALLAH Al- Musowwir ~> seperti yg tercatat lam blog PakarHow To

ada banyak lagi info menarik, penat nak taip semua…hehe…kalo nak tau lebih lanjut, apa kata kalo korang merajinkan diri sendiri cari info di gugel tu…pakcik gugel tu baik, konpem dia tolong korang…

You may also like...

10 Responses

  1. Kujie says:

    Kak Jie dulu kawen 6 bulan tak mengandung juga
    ‘risau gak..

    kemudian kakak ipar bawa pergi urut dgn makcik kantin sekolah dia

    syukur – terus lekat
    bab makan itu makan ini – tak tau le pula
    org lelain, kan
    .-= Kujie´s last blog ..Yang Indah Hanya Setika =-.

  2. hmm..de jugak yg bg cadangan suh sy gi mengurut…tp tula takgi2 lagi..mmg rancang nak pegi jugak…

  3. tengkusri says:

    info yang menarik..sy pun sedang cr petua nak dapatkan anak..kami berdua dah hampir 5 thn kawin pun blm ada rezeki lagi.. sama2lah kita tolong-menolong…
    .-= tengkusri´s last blog ..Nota Adobe PHOTOSHOP part 6 =-.

    • 5 thn kawin dah…erm, lama tu..blom ada rezeki kot kan…tkperla, sama2 kita mencuba..moga ada rezeki nanti kan…aminn..sy doakan awak pun cepat dpt baby yer…

  4. Shin says:

    salam, mula2 dulu saya bunting pelamin tp keguguran selepas janin sebulan setengah, kembar lak tu…sayang. Doc cakap rahim tak kuat time tu. pastu dok cuba macam2(selama 1thn 4bulan) cara sampai satu hari saya terjumpa num kakak ni..dia wat rawatan zuriat,saya pun cuba ngan kakak ni. Alhamdulillah lepas sekali rawatan(dengan izin ALLAH) saya dah lekat…tp yg menyedihkn saya keguguran lagi sekali sebab terjatuh tangga yg teruk(masa jatuh taktau gi dah lekat)..sekarang dalam pantang..insyaALLAH pas pantang saya nak wat rawatan kakak ni semula. kakak ni hanya gunakan minyak shuhaida 1001 rahsia alam sahaja untuk rawatan ni.

    • anak says:

      kat mana tue..saya pun teringin gak nak pergi. dah lama kawen 7 tahun..dah rasa letih buat macam2…

      • shin says:

        salam…maaf sbb saya baru je tgk post ni…kalau awak nak wat rawatan tu..awak leh call kak shuhaida – 0196069117

  5. shamrina says:

    salam…minta izin ambil no fon kak shuhaida tu yer… bleh tau x lokasi dia di mana… teringin juga cuba, dah kawin hampir 2 tahun… tp msih blum ada rezki lg….

  6. Maureen says:

    I read a lot of interesting articles here. Probably you spend
    a lot of time writing, i know how to save you a lot
    of work, there is an online tool that creates unique, SEO friendly posts in seconds,
    just search in google – laranitas free content
    source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *