PROKHIS: Rumah Sejahtera, Kg. Bangau Tanjung

25 dan 26 Mac 2011 berlangsungnya Program Khidmat Siswa (ProKhis) di Rumah Sejahtera, Kampung Bangau Tanjung. Rumah Sejahtera ini menempatkan 11 orang-orang tua. Sangat sedih melihat kedaifan mereka. ProKhis yang dianggotai oleh pelajar dan staf Kolej Komuniti Temerloh bergotong royong membersihkan kawasan sekitar dan di dalam rumah kediaman, menyelenggara dan membaik pulih segala kerosakan yang ada dan mengubahsuai lanskap taman yang ada.

ProKhis kali ini dirasmikan oleh YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. YB Dato dan Datin sangat-sangat humble, tidak kekok langsung beramah mesra, bersalam-salaman dengan warga tua, pelajar dan staf. Contoh yang terbaik untuk semua pemimpin yang ada. Barulah dekat dan lekat di hati rakyat.

ucapan dari YB Dato Saifuddin..

Program dirasmikan oleh YB Dato Saifuddin...

yang diraikan...kesian sgt tgk dorang ni, sangat daif...

aku diarahkan menguruskan lanskap taman ini..so sedang bergotong royong membersihkan kawasan dulu

 

Sangat puas dapat berbakti di Rumah Sejahtera, walaupun jika ingin disebut bukanla sebesar mana pun. Tapi sekurang-kurangnya mungkin dapat juga membahagiakan warga tua walau cuma seketika. Semoga masih ada peluang sebegini di lain masa.

You may also like...

2 Responses

  1. zimah says:

    wah..best betul berkebun..hehe..pakcik yg pakai baju batik kuning tu..pakcik zimah tau..hehe..dia mmg penyelaras umh org tua kg bangau tu..

  2. Ali ridha says:

    terus nampak jadi cantik halaman
    sekeliling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *