Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api

Pucuk Ubi Masak Lemak Cili A

Assalamualaikum…

Awal bulan 4 ari tu, balik Melaka, Abah bawak balik pucuk ubi dari kampung nenek di Merlimau…maybe dia teringin nak makan kot tapi ketiadaan masa nak masak…asyik keluar amik n anta orang je…so sebagai menantu yang memahami, makanya aku decide nak masak la pucuk ubi tu…walhal seumur hidup tak pernah lg masak lemak pucuk ubi..kalo sekadar celur cicah budu tu pernah la kan…makanya google lah resepi…senang je rupanya nak masak…hehe…jom la try…

Bahan-bahan

  • * 1 Ikat daun pucuk ubi ( gunting sederhana halus)
  • * 7 tangkai cili merah( tak cukup pedas pun, len kali kena tambah lagi)
  • * 1 inci kunyit hidup
  • * 1 inci halia
  • * 3 biji bawang merah
  • * 1 ulas bawang putih
  • * 2 sudu makan ikan bilis (nak guna udang pun boleh)
  • * 1 biji kelapa
  • * 1 batang serai( di titik)
  • * Garam secukup rasa
  • * Gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Tumbuk cili, bawang merah,bawang putih, kunyit hidup, halia dan ikan bilis.
  2. Masukkan ke dalam periuk yang telah diisi santan. Santan biar cair sedikit. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga santan mendidih.
  3. Masukkan pucuk ubi yang telah dicelur terlebih dahulu. Kacau sehingga masak.
  4. Siap untuk dihidang.

You may also like...

1 Response

  1. domain says:

    I think this is one of the most significant information for me.
    And i’m glad reading your article. But want to remark on few general things, The website style is great, the
    articles is really excellent : D. Good job, cheers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *