Roti Sarang Lebah

Roti Sarang Lebah dibanjiri Sos Butterscotch

Roti Sarang Lebah dibanjiri Sos Butterscotch

Fenomena sungguh Roti Sarang Lebah ni kan, sehingga membuatkan diri ini tergoda. Tapi tergoda kali ni lain macam sikit, sebabnya nak roti yang buat sendiri, tak mau yang beli. Ha pelik kan. Bersungguh-sungguh la study resipi nak buat Roti Sarang Lebah ni kan. Akhirnya terbekenan resipi dari blog Secubit Garam. Cara yang dia bagi pun mudah. Dan kebanyakan yang share pun guna resipi ni jugak. So petang tadi, gi cari barang dan balik tadi terus cuba buat.

Alhamdulillah, ianya menjadi. Oklah kot bagi cubaan yang pertama kan. Rotinya lembut, gebu dan sedap. Cuma satu jer silap, rasanya sos butterscotch tu tak perlua tuang sekali gus kot. Roti jadi terlalu manis sbb dah serap sos2 yang dituangkan. Ingatkan bila dibanjiri sos tu lagi sedap. Next time, bila nak makan baru tuang sos. Takde sos pulak, takde la namanya Roti Sarang Lebah kan. Sebab sos tu ibarat madu2 lebah di sarangnya.

Roti yang belum dibanjiri sos butterscotch

Roti yang belum dibanjiri sos butterscotch

Jika ditanya berbaloi atau tidak buat sendiri roti ni, jawapan saya sangat berbaloi. Sebab kosnya sangatlah murah dan hasil pun memberangsangkan. Nak-nak pulak boleh makan roti panas-panas. Taburan kekacang kat atas tu boleh letak sebanyak mana yang kita nak kalo buat sendiri kan. Lagi banyak kekacangan lagi sedap rasanya. Bila kunyah roti terasa kerangupan kekacang di atas tu.

Tapi jangan order dari saya yer. Saya tak jual Roti Sarang Lebah, saya cuma jual Shaklee jer. Boleh rujuk sini if nak tau pasal Shaklee ok.

Mari saya kongsikan resipi yang saya guna ok. Diingatkan resipi diambil dari Blog Secubit Garam.

Nama Asal : MINI BUN SARANG LEBAH (tapi terkenal dengan nama Roti Sarang Lebah)
Resipi Asal : Lydia Honey
Resipi dirujuk: K.Nor@SecubitGaram

Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara:
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
Di bawah ini adalah resipi yg K.Nor gunakan utk membuat roti/bun bg ROTI SARANG LEBAH.

Nampak jer macam panjang, cuba baca betul-betul, senang jer nak buat ni. Yang penting kena cuba dulu, baru tau susah ke senang kan. Selamat mencuba kawan-kawan.

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *