Salah siapakah?

Aku rasa kecewa, segala usaha aku macam dipersiakan, penat lelah aku selama 5 bulan macam tak berbaloi, terasa macam aku hanya membuang masa dan tenaga jer. Kenapa jadi begini? Aku ke yang bersalah dalam hal ni? Serasa aku, aku dah mencuba sedaya upaya aku tuk mencurahkan segala-galanya yang aku tahu, seikhlas mungkin memberi tunjuk ajar pada semua, tapi hasil yang aku dapat pada akhirnya tersangat mendukacitakan.

Aku dah siap marking paper penilaian akhir student2 aku. Kiranya student2 pertama yang diajar sepenuhnya oleh aku. Keputusan yang dorang semua dapat tidak memberangsangkan, hanya beberapa orang je yang memperolehi markah 50 ke atas. Yang lain semuanya bawah 50 dan paling ramai dapat markah 20 ke bawah. Dan ada di antara dorang yang memang tak jawab langsung soalan bahagian subjektif, taktau sama ada dorang tak faham soalan atau memang tak reti nak jawab, kosong-sekosongnya.

Kebanyakan soalan yang keluar adalah soalan yang pernah aku keluarkan masa latihan dan ujian, yang tu pun dorang takleh jawab. Aku taktaulah apa yang dorang dapat masa aku ngajar dorang. Bila ditanya faham ke tak, semua cakap faham. Bila nak bagi latihan banyak2, dorang cakap dorang penat asyik buat latihan. Bila disuruh bertanya atau jumpa secara personal kalo ada tak faham, sorang pun tak dtg jumpa aku. Harus bagaimana lagi caranya aku nak bantu dorang ni agaknya. Pening kepala gue.

Aku tak salahkan dorang sepenuhnya markah dorang macam tu, mungkin dorang sendiri dah usaha sepenuhnya, namun setakat itu jer yang dorang termampu. Kadang bila fikir2 balik, kesian pun ada. Tapi bagi aku selagi kita usaha, pasti akan membuahkan hasil. Bak kata pepatah, belakang parang kalo diasah boleh jadi tajam. Maknanya kalo dorang semua berusaha lebih, banyakkan latihan, bertanya kalo tak faham, aku gerenti 100%, dorang mesti akan jadi bijak dan pandai jugakkan. Pokok pangkal terpulang pada diri sendiri jugak.

Kadang ada gak aku terfikir, cam ne ngan masa depan dorang. Dengan kelulusan dorang yang hanya setakat cukup makan, camne nak cari keja yang membolehkan dorang mendapat pendapatan lumayan. Kebanyakan gred gaji berdasarkan taraf akademik kan. Kalo sekarang dorang tak fikir semua tu, bila lagi dorang nak fikir. Kalo umur dah meningkat, otak pun dah mula liat nak belajar. Yang rugi diri sendiri kan.

Aku harap student2 aku ni berjaya mendapat pekerjaan yang boleh menjamin kehidupan masa akan datang atau pun kalo ada yang ingin melanjutkan pelajaran, moga dorang berubah ke arah yang lebih baik.

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

2 Responses

  1. zimah says:

    salam..
    budak² mmg x pikir masa dpn sgt nor..tu le psal belajar pun lebih kurang je..diarg x tau cabaran masa nak bekerja nnti..xde kelulusan mmg pyh nak dpt keja..skrg ni org bijak² mmg ramai..tp nak dpt keja tu mmg pyh..kena bersaing..

  2. betul ni..kita yang dah de keja tetap ni pun still terasa kepayahannya..inikan pulak dorang yang baru terkial-kial nak mulakan idup..taktau ar nak ckp apa lagi dah…dh byk kali nasihat…tp tak jalan pun, dorang still mcm tu gak…pikir nak idup senang je…asal de kelas, nak balik awal jer kejanya….haihhhhh….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *