Selamat Berpuasa

11 Ogos 2010 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1431 H, hari pertama berpuasa untuk kita. Masih belum terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat islam di seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta kenikmatan dan barakah. Semoga amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Ramadhan kali ini sangat-sangat bermakna bagi saya dan suami. Ini kerana, kali pertama menyambutnya setelah bergelar suami isteri. Namun begitu, terasa sayu juga dijiwa kerana walaupun sudah hampir setahun bersama, tapi kami masih lagi dalam keadaan jarak jauh. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada. Saya bersyukur dan sangat-sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya telah berlaku peningkatan. Kalau dulu berpuasa dengan title anak dara tetapi kini dengan title isteri. Kira hebat lah tu kan.

Buat kesekian kalinya, Ramadhan kali ini juga saya dan suami pulang ke kampung  di Kelantan untuk menyambut awal Ramadhan bersama. Dari dulu-dulu lagi, setiap kali Ramadhan, saya akan balik ke kampung untuk menyambut awal Ramadhan bersama keluarga. Begitu juga pada tahun ini. Terima kasih kepada encik suami yang sudi meluangkan waktu untuk pulang bersama-sama.Dapatlah berbuka dan bersahur bersama-sama.

Kalau boleh hari- hari nak bersama dengan suami berbuka dan bersahur. Dan kalau boleh jugak, tiap-tiap malam pergi berterawikh bersama. Tapi apakan daya, belum ada rezeki nak merasa itu semua. Tak dapat hari-hari, sekali sekala pun dah lebih dari cukup. Rasanya dah bertuah sangat-sangat sebab hari pertama berpuasa pada tahun ini, dapat berbuka puasa bersama suami dan keluarga tercinta. Nikmatnya cukup terasa.

Bila dah puasa, entri tak boleh nak panjang-panjang sebab jari tak larat nak menaip. Kena simpan tenaga untuk seharian berpuasa kan. Hari ini juga, saya menunggu kedatangan encik suami dari Melaka. Sesampai dia di sini, terus gerak balik Kelantan. Bercuti sehingga hari ahad ini. Sangat seronok bukan bercuti di bulan puasa?

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *