Selamat Hari Guru 2010

Selamat Hari Guru 2010

wah sangat rajinkan buat 2 entri dalam satu hari…haha…jgn tertipu, aku bukanlah serajin itu..entri sebelum ni dh disiapkan ari jumaat lepas sebelum aku ke melaka…sbb dh tau sgt2, kalo kat melaka, mana sempat nak berblogging kan…banyak keja lain nak buat…tut…tut…tut….

sempena menyambut hari guru semalam, aku pun taknak lepaskan peluang gakla buat entri ni kan…khas untuk aku, anak2 didik aku dan seluruh pendidk di dunia fana ini…Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua pendidik-pendidik sama ada pendidik secara formal ataupun tidak formal…serasa-rasa akula, sumer2 antara kita ni adalah pendidik dan layak diucapkan Selamat Hari Guru kan…

moga masih tidak terlewat untuk aku ucapkan..sepatutnya entri ni aku nak buat smalam…baru je nk ngadap lappy my hubby nk hapdet entri, my father in law dh balik dr pasar..so terpaksa batalkan  niat..sbb dh janji aku yang nak masak smalam…al maklumlah, jadi surirumah sepenuh masa kan, mana sempat nk berblogging ni kan…hehe…1st time masak nasi ayam secara solo beb…seb baik menjadi…fuhhh, lega amat…

Back to the point, aku jugak ditakdirkan menjadi seorang pendidik…mendidik anak2 bangsa supaya menjadi harapan dan insan yang berjaya…dolu2, seboleh mungkin, taknak jadi cikgu…masa kawan2 sekolah kalo ditanya nak jadi apa bila besar, sumer pakat jawab nak jd cikgu, tp aku tknah sebut nak jd cikgu…kebanyakan jawapannya aku nak jd doktor, dan memang cita2 aku sebelum ni nk jadi doktor, tp nk buat cam mana, hati bukan kuat sgt pun kalo tengok darah, camne nak jadi doktor kan..tak pasal2 aku yang pengsan dulu kan…

Sampaila dah masuk u pun, bila mak aku suh jd cikgu, aku still ckp taknak..konon tak sesuai ngn jiwa la..siap ckp lagi, kalo dah mmg takde keja lain sgt dah, baru aku pilih jd cikgu…berlagak tak hengatkan…tp ada sebabnya aku taknak, aku ni ala2 garang sikit n kurang sabar…so rasa cam tak layak nak jd pendidik ni…hehe…aku kalo ajar adik aku masa sekolah2 dulu, kalo dia tak nangis memang tak sah…mana taknya, aku ajar dia suh buat, ada ke patut dia suh aku siapkan keja dia..kena la sebijik…nangis dia…hahaha….

Tapi bak kata orang2 dulu…benda yang paling kita tak suka tu la yang kita akan dapat…dan memang betul, akhirnya bidang pendidikan jugak yang menjadi kerjaya aku…mengajar di kolej komuniti…sangat2 mencabar…dahla masa mula2 masuk kolej komuniti dulu, aku cam blur2 cmne nak ngajar…ngn tkde skill langsung, kursus mengajar pun tak amik…masuk je keja terus nk kena mengajar…plak tu kena gak ngajar masyarakat setempat…gugup gak mula2…tapi alah bisa tegal biasa…lama2 dah ok, dh tau selok belok mengajar camne…dah tau sikit psiko student yg degil2…membebel n marah2 toksah ckpla..sumer student cop aku garang kot…sapa suh tak dgr cakap…buat baik pijak kepala…kita ni bukan apa, niat nk bg dorang pandai n siyes sikit time belajar…asyik main2 sampai bila nak pandai…

Stres time ngajar toksah ckp la..nak2 plak sem ni…tiap kali aku masuk kelas, konpem berlakunya peningkatan tahap kestresan aku…taktau la nape…student masing2 buat perangai..tak dtg kelas, dtg lambat,  sembang dlm kelas, aku ngajar dorang nk ngajar, bila suh ke depan taknak plak, suh buat latihan tak buat…ish mcm2 la…sapa tak tensenkan kalo cam tu…tapi nak tak nak, aku kena hadapi jugak…moga student2 lepas ni tak menyumbangkan stres pd aku dah…

P/s kepada semua student2 aku : ketahuilah oleh kamu semua, sy bukannya sengaja nak marah2 atau garang2…nak bagi ilmu pada awak semua bukannya senang…sy dah cuba sedaya upaya dah, tapi kalo awak semua tak ikhlas untuk terima, sy tak boleh nak buat apa…Cuma sy boleh doakan moga kalian semua berjaya dalam hidup…

P/s kepada Pn. Norsaritanaini: jangan garang2 lagi lepas ni…kena cool hadapi student yang macam-macam…n maybe kena ubah perangai supaya student tak tertukar sapa pensyarah sapa aweks…huhuhuhu…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

2 Responses

  1. mai says:

    kak nor mmg garang! oops yg ni ternegative plak…tp nasib baik garang2 kak nor mai x terasa…hehe

    • uikss, berani2 kamu yer mengkatakan kaknor garang..siapla pasni dah tkmo tolong mai…hahahaha…

      p/s: mana tak garangnya, ada org tu suka kaco time kita bizi amat…hihihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *