Sepagi di Kuala Gandah

Assalamualaikum.

Hari sabtu lepas, sempat bawak Ma, adik2 ipar duai dan anak2 buah ke Kuala Gandah…nak tengok gajah dan rusa katanya. Mereka datang jauh dari Kelantan, nak kenal-kenal rumah baru kami.

So sbg aktiviti tambahan, bawaklah jenjalan. Bagi 3 pilihan sama ada nak ke Genting, Bukit Tinggi dan Kuala Gandah. Dek kerana masih terasa penat berjalan jauh, maka pilihannya ialah Kuala Gandah, kiranya yg paling dekat antara 3 tempat tu.

Seronok jugak sekali sekala tengok haiwan-haiwan yg tak boleh jadi haiwan peliharaan ni kan. Yang paling penting Ma yang seronok. Katanya memang dari dia kecil, haiwan yang dia paling suka adalah gajah. Memang kena tepat pada masanya la kan.

Walaupun sekejap jer spend masa kat sana, tapi penatnya boleh tahan. Tapi takper, yang penting masa terisi. Jom layan gambar-gambar yang dirakam.

image

image

image

image

Mereka semua dah pun selamat pulang ke Kelantan. Sedih dan sayu rasa hati. Entah bila boleh jumpa lagi. Dugaan bila diperantaukan. Moga Allah temukan kami lagi.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *