Setar oh Kundang…

satu kepuasan yang tidak dpt digambarkan dgn kata-kata bila dpt makan buah ni...

hmm…dah lama betul tak mengupdate dlm blog ni…kekangan masa dan idea…ni pun sbb ada member tanya pasal blog, tetiba teringatla yang dah lama betul tak update…bukan setakat update, jenguk pun tak, kalo umah agaknya dah penuh sawang kan…ni pun curi masa sekejap, sambil2 buat keja, alang2 dah bukak kan…

penah tak korang makan buah setar atau mungkin lebih dikenali dengan nama buah kundang? dulu masa aku kecik2 suka panjat pokok ni, sbb suka makan buah dia…cicah colek..rasanya memang masam giler, tp sedap weh…kalo kt kampung, dulu2 mmg senang la jugak nk dpt buah ni…tp skang ni susah sgt nk dpt dah…pokok dia pun dah tak banyak…kalo ada pun yang dijual kat kedai jerla kan…

masa balik kmpung ari tu, aku sempat la makan…tu pun siap merayu-rayu kat encik suami nk pegi cari buah ni..pokok dia dekat je ngn rumah, dlm kebun getah…sanggup ni redah rumput2 yang panjang semata-mata demi nk tgk pokok setar ni ada buah ke tidak…nyata tidak usaha tidak menghampakan…pokok tu berbuah tp still kecik2 lagi buahnya…argh tak kisahla kan kecik ke besar ke..janji dpt merasa…balik umah terus buat colek..makan sampai sakit perut…hehe

tetiba semalam, aku rasa teringin sangat nk makan buah ni…macam dah boleh agak susah nk dpt jer kan…ajak encik suami pegi pasar malam mentakab, kot2 ada kat sana kan…dah sampai pasar malam, mcm terbau-bau je buah ni, tp cari2 tkde pun…sedikit kehampaan la kan…tkpela tkde rezeki…

ari ni plak, ajak lg encik suami pegi pekan sehari Temerloh, mana tau kalo2 ada rezeki kan…dan memang tak disangka-sangka memang ada…gembiranya rasa hati…mcm dpt sesuatu yg sgt berharga lah..siap beli banyak2 lagi…dan dah makan dgn banyak jugak sehingga perut rasa dah nak cirit birit…hehe…tp tkpe, janji dah dpt kepuasan tu…hehe…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

1 Response

  1. nisah says:

    aikk mu ngidam ker, tapi aku tgk gambar tu terasa2 kemasaman dia..huhu..kecur air liur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *