Sharing is Caring: Hormon Prolaktin Untuk Penghasilan Susu Ibu

Assalamualaikum..
Nice to share with others…info yang berguna tuk kaum ibu…sumbernya dari AlamHamil…bacalah…

Apa itu Prolaktin?

Adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari. Kelenjar kecil ini terletak didalam otak dan bertanggungjawab terhadap banyak proses proses fisilogi dalam badan anda. Ia ada pada lelaki dan perempuan dan di lepaskan pada masa-masa tertentu sepanjang hari dan malam. Prolaktin terdapat dengan banyaknya pada ibu yang menyusukan anak kerana ia adalah hormon penting untuk pengeluaran susu.

Perubahan Prolaktin semasa hamil

Prolaktin perlu untuk pembesaran payudara dalam proses pengeluran susu semasa hamil. Hormon estrogen pula boleh meninggikan lagi pengeluaran hormon ini. Apabila bayi lahir, stimulasi yang berlaku pada puting susu akan menyebabkan prolaktin dirembeskan dengan banyak sekali untuk menambahkan lagi pengeluaran susu.

Prolaktin dan kesukaran hamil

Prolaktin bukan sahaja membanyakkan pengeluaran susu, tapi ia juga memberi kesan kepada ovulasi dan kitaran haid anda. Itulah sebabnya agak sukar bagi ibu menjadi hamil sekiranya dia menyusu secara eksklusif semasa 6 bulan pertama.

Prolaktin menyekat pengeluaran 2 hormon penting ovulasi iaitu FSH dan GnRH. Kedua hormon ini yang bertanggungjawap menolong tumbesaran telur dalam ovari. Sekiranya anda mempunyai prolaktin yang berlebihan dalam badan, ovulasi tidak akan berlaku dan anda tidak akan hamil. Prolaktin juga boleh menyebabkan kitaran haid anda terganggu.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk hamil dan dalam masa yang sama mempunyai masalah tiada haid, anda mungkin mempunyai prolaktin yang berlebihan atau hyperprolactinaemia. Tahap prolaktin boleh diukur dengan senang melalui ujian darah. Tahap yang normal ialah diantara 30-600mIU/l.

Sumber: http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/sukar-hamil/93-prolaktin-berlebihan.html

You may also like...

2 Responses

  1. zimah says:

    Salam,

    Nor, hormon prolaktin paling tinggi jam 12am – 6am..time ni mmg sesuai nak bgn pam susu..sy biasa bgn kul 3 pagi pam susu..even susu sy xbyk mcm org lain, tp gigih gak bgn sbb nak simulation tu..bleh la try ye..

  2. tu ler kn…kena gigih…sbb time tu la nak rileks betul2…tp dah cuba bgn…skang dlm kul 5 bgn, kalo pam, okla hasilnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *