Sharing Is Caring: Power Pumping (Cara untuk mengatasi masalah susu merudum/ susu berkurangan)

Assalamualaikum…

Pernah tak korang dengar perkataan Popwer Pumping…bagi ibu2 yang menyusukan anak secara ekslusif sudah tentu tahu mengenai teknik ini…tapi aku baru je tau, tu pun atas cadangan Pn. Zimah…tujuannya nak menambahkan hasil tuaian susu tuk dijadikan EBM…teknik ni sesuai sangat untuk mengatasi masalah susu berkurangan…untuk maklumat lebih lanjut, aku search la sikit2 kan…dah cuba buat beberapa kali jugak…dan akan terus buat tanpa mengenal erti putus asa…sedikit info yang boleh dishare bersama berkaitan dengan Power Pumping ni…

Apa itu Power Pumping?

Ada yang panggil Power Pumping, ada yang menggelar HyperStimulation, dan juga Intensive Pumping. Apapun gelarannya, ia merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan susunan mengepam yang biasa, tetapi di dalam cara yang lebih unik. Ideanya ialah untuk meniru bayi menyusu, secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang mengalami kekurangan susu, atau yang sedang berusaha untuk memperbanyakkan semula pengeluaran susu ibu.
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat, di mana teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu ibu. Di galakkan untuk berjumpa dengan doktor/ pakar laktasi jika anda di dalam kategori no. 3 ini.

Bagaimana cara untuk buat Power Pumping?

(1) Untuk Single Pump:
Pam payudara kanan dahulu 10 minit, kemudian, pam payudara kiri pula 10 minit, kemudian, tukar semula ke payudara kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit secara berterusan selama sejam.

(2) Untuk Double Pump:
Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, rehat sebentar selama 10 minit, sambung semula pam kedua-duanya selama 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, sebaik-baiknya di antara waktu malam (sebelum tidur) ke Subuh (bangun awal sebelum masuk waktu Subuh), kerana hormon prolaktin (hormon susu) sangat tinggi pada waktu ni.

Pesanan untuk diri sendiri…berusahalah sesunguh-sungguhnya demi untuk anak kesayangan…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *