Si Garuda Tewas Diterkam Harimau Malaya

Harimau Malaya gah di persada... Pic sumber ehsan dari http://www.kedahlanie.info/2011/11/harimau-baham-garuda.html

Bola…bola…bola…tetiba demam bola pulak…taktau nape, semangat giler rasanya nengok bola Sukan SEA di Indonesia kali ni…mungkin disebabkan oleh semangat kenegaraan yang kuat…takkan geng2 garuda je yg semangat sampai penuh stadium Bung Karno kan…siap ada yang meninggal lg kan…walaupun kita tk dpt ke sana, tetapi semangat penyokong-penyokong Malaysia tetap membara…even macam aku dan encik suami tengok kat rumah jer pun, tp sokongan padu tetap diberikan…siap baby pun menendang2 perut mommy, kira semangat gaklah tu…

Masa pasukan Garuda sumbatkan gol pertama, hancur luluh rasa hati, rasa geram pun ada…mcm senang sgt bola tu masuk kan..tp yerlakan, kita ni hanya memandang, yang dok main tu kemain struggle dah nak menahan bola…tp nasib tak menyebelahi jugak nak buat cam mana kan…pastu suasana kembali ceria dan bersemangat bila Harimau Malaya dapatkan 1st gol..akhirnya satu sama..okla kan…

Masuk separuh masa kedua, permainan tetap rancak dgn pelbagai cubaan ke gawang gol…banyak sungguh detik2 cemas…berdebar2 jugak rasanya..risau kalo pihak lawan dpt gol kedua dulu…dlm dok cemas2 tu, boleh plak aku terlelap, sungguh tak terkawal dah kemengantukkan sejak akhir2 ni…pantang letak kepala jer, terus nak lelap…last2 memang tak larat dah nak tunggu bola sampai habis..terus masuk tido…tp terjaga semula time penalti…masa tu time last rasanya…pastu dengar jeritan kecil encik suami dok yes! yes!..konpem la masuk tu kan…pastu dgrla jeritan si pengulas sukan ckp emas milik Malaysia…wah akhirnya emas milik Malaysia…alhamdulillah..terus sambung tido sampai ke pagi…hehe…

Tahniah diucapkan kepada Harimau Malaya yang bersungguh2 dlm permainan malam td..”ibu segala pingat emas” kini menjadi milik Malaysia…Garuda tewas 4 – 3 di tangan Harimau Malaya…sangat tidak mengecewakan…moga kejayaan akan terus menjadi milik Malaysia selamanya…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

1 Response

  1. This website was… how do I say it? Relevant!! Finally I
    have found something that helped me. Thank you!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *