Soffiya Buat Aku Bengang~~~

Soffiya

aku bengang…marah…benci…segala macam perasaan tak enak ada…walhal aku tau, memang tidak elok berperasaan begitu di kala kehamilan yang amat comel ni kan…korang lak camne…ada tak tgk slot drama Akasia yang terbaru di TV3, jam 7.00 petang – 8 malam, ala slot yang membuatkan ada yang lambat solat maghrib tu la kan (kadang2 aku pun sama, Ya Allah, ampunkan aku)…tajuknya Soffiya…benci ayah dia…benci sangat2…perangai mcm binatang jer kan…

aku start tengok dr awal2 lagi citer ni, tp tkdela dok mengadap sepanjang masa depan tv tu kan…kadang2 dgr dr dapur je kalo time dok masak2 tu…lupa plak episod ke berapa dah..tp yang paling best episod smalam la…bila dia tikam kepala ayah dia tu…memang padan ngn muka ayah dia yang psiko tu…tak suka orang yang gila seks (GS)…tp kesian plak tgk soffiya kena merengkok dalam penjara kan…tak sabar nak tgk kesudahan citer ni…cuba search sinopsis drama ni sbb nk tau lebih lanjut…sinopsis mcm kat bawah tu…

Drama Soffiya adalah arahan Joeza Rasidi diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd. (setakat ni kalo terbitan Filmscape, mmg takkan mengecewakanlah..betul tak? paling suka cara dia shoot)…Drama 28 episod ini dilakonkan oleh Tiz Zaqyah (Soffiya), Fizo Omar (Ilyas), Izara Aishah (Fiona), Azhar Sulaiman (Kamal) dan Syazwan Zulkifli.

Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor (yang sangat gila seks) dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan (tak larat nak layan nafsu serakah si suami). Selepas satu kejadian hitam (dirogol oleh ayahnya berkali-kali sehingga mengandung), rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.

Nasib buruk terus mengikuti dirinya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahannya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah dia mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?

*** yang dalam kurungan tu aku tambah sendiri okkeh***

terasa cam lambat jer lagi nak follow keseluruhan citer, tp taknak lepaskan peluang nak tau apa akan jd pada Soffiya seterusnya…sabar..sabar…

You may also like...

2 Responses

  1. ejam says:

    best kan ayah dia mati juga akhirnya…suatu berita gembira…haha

  2. akuzle ayu says:

    hah! psl tuh akak x tgk citer neh. tp, citer ‘Kasih Alia’ mmg ikut sampai abeh termasuk ank n abahnyer…eheheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *