Taklimat Akademik Sesi Julai 2010

Petang jumaat lepas diadakan satu taklimat akademik untuk sesi Julai 2010 yang dikendalikan oleh KJKK kami iaitu En. Ahmad Muzaffar atau lebih dikenali sebagai En. Appa. Setiap kali nak bermulanya sesuatu sesi pengajian di kolej ini, taklimat mesti diadakan untuk memberi penerangan serba sedikit perubahan atau segala keperluan dokumentasi yang perlu dibuat oleh Pensyarah untuk memastikan  sesi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang sempurna.

Setiap kali sesi pengajian bermula jugak, En. KJKK akan memberi beberapa peringatan kepada semua pensyarah dari segi rekod pendaftaran pelajar, kehadiran, penilaian pelajar dan macam2 lagi. Terdapat beberapa perubahan yang perlu diambil perhatian oleh para pensyarah berkenaan dengan dokumentasi demi untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Sebelum sesi pengajian bermula juga, sudah menjadi tanggungjawab semua pensyarah untuk menyediakan Rancangan Mengajar Semester atau diringkaskan sebagai RMS. Satu RMS untuk setiap kursus yang diajar. RMS juga hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan. Pensyarah juga hendaklah menyiapkan fail FRP iaitu Fail Rekod Pelajar, di mana segala maklumat tentang pelajar sepanjang sesi pengajian contohnya seperti RMS, rekod kehadiran, rekod penilaian berterusan, surat2 alasan mohon cuti pelajar akan diisi dalam satu fail mengikut format yang disediakan. Hukum wajib bg semua penyarah yang terlibat dalam Pengajaran dan Pembelajaran memiliki satu fail FRP dengan kod masing-masing.

Untuk sesi Julai 2010, seperti biasa aku akan mengajar Matematik Gunaan 2 iaitu matematik untuk pelajar semester 4. Kelas yang akan menjadi anak didik aku adalah kelas SFP 4 dan STM 4. Diharapkan pelajar-pelajar semester ini dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya sewaktu sesi P&P berlangsung.

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

2 Responses

  1. ann says:

    wah sume tekun dgr taklimat en. par bg..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *