Terbaik 2011

31 Disember 2011, bed 11 ward 12, Hospital Raja Perempuan Zainab II…masih menanti dan menanti…bilakah sampainya masa nak melahirkan anak kesayangan yang pertama..tanda-tanda nak bersalin masih lom ada…pemantauan masih dibuat, esok  1 Januari 2012, akan keputusan…nanti akan share ngn semua orang…entri kali ni nak citer apa yang terbaik yang dicapai sepanjang tahun 2011 ni…bukan niat nak nunjuk2, tp sekadar ingatan dan kenangan buat diri sendiri dan keluarga tercinta…

Akhir bulan Januari 2011, encik suami dapat kerja di Plaza Tol Temerloh…makanya berakhirlah musim perkahwinan jarak jauh antara kami…memang tak sangka sgt, usaha untuk dia pindah ke Temerloh dipermudahkan…walaupun sekejap sahaja dia kerja kat situ disebabkan bidang kerja yang tidak kena dengan jiwanya, namun rezeki masih menjadi miliknya akhirnya encik suami dapat kerja yang kena dengan minatnya dan dekat pulak dengan rumah…berjalan kaki pun boleh sampai…sehingga sekarang masih bertahan di company tu walaupun bosnya agak cerewet…

Awal April 2011, dapat tahu yang aku sudah mengandung…akhirnya penantian kami berakhir jugak…mcm2 usaha dilakukan supaya dpt mengandung…rupanya rezeki tu Allah nak bagi bila suami dah ada dekat…ketentuan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya…penantian selama hampir 1 tahun lebih perkahwinan kami, akhirnya tercapai jugak…

Jun 2011, dapat Anugerah Pekerja Cemerlang (APC)  untuk tahun 2010..memang tak sangka sangat2…kerja setahun dah boleh dapat APC..semuanya rezeki dr Allah…bila kita ikhlas buat kerja, InsyaAllah akan dapat ganjaran yang setimpal…cepat atau lambat jer kan…

setakat ni itu jerlah yang TERBAIK di antara yang lain…banyak lagi benda yang baik2…tapi rasanya tidak perlu nak dinyatakan semua kat sini…bukan sahaja perkara-perkara yang baik2…ada banyak jugak dugaan dan cabaran yang ditempuhi dengan jayanya…termasuklah umpat keji dan hasad dengki orang..namun semua tu aku tempuh dengan hati terbuka…bila kita di pihak yang benar, buat apa nak takut…lambat laun orang akan tau jugak…kalo pun orang taktau, Allah Maha Kaya mengetahui segala-galanya…

p/s: buat entri kat atas katil dalam wad…sangat tidak selesa..so tkleh nk buat entri panjng berjela-jela…ringkas2 ajer…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

1 Response

  1. Ijan says:

    Salam Kak Nor,
    Rupanya kak Nor tengah menunggu hari ye… saya doakan semua nya dipermudahkan buat Kak Nor dan baby.
    Baby nak lahir tahun 2012 jugak tu, sebab tu dia tunggu dulu. hehe….

    Apapun, kak Nor take care. semuanya selamat insyaAllah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *