Toksin Tak Perlu Simpan Dalam Badan

Apa itu toksin?

Toksin adalah bahan berbahaya atau beracun yang terjadi akibat pencemaran. Banyak punca terjadinya toksin iaitu dari udara, makanan yang kita makan, minuman dan juga hasil dari proses metabolik badan. Punca toksin dari udara seperti asap kilang, asap kenderaan dan asap rokok. Penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian, penggunaan bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Begitu juga dengan minuman seperti klorin, air yang tak dirawat. Sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat dihadamkan juga menyumbang kepada penghasilan toksin. Selain daripada itu, penyakit-penyakit yang berkaitan dengan hati serta buah pinggang dan lain-lain juga boleh mengurangkan fungsi organ-organ ini untuk menapis darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.

Punca-Punca Toksin

Punca-Punca Toksin

Tanda-tanda badan mengandungi toksin?

Toksin sangat berbahaya kepada badan manusia. Ini kerana toksin boleh menggangu sistem fisiologi badan dan juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit kronik. Tanda-tanda badan mengandungi banyak toksin adalah seperti:

  • Sentiasa berasa letih.
  • Daya tumpuan dan ingatan menjadi lemah.
  • Sembelit atau kerap mengalami cirit-birit.
  • Masalah kulit seperti jerawat, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
  • Kuku dan rambut menjadi rapuh.
  • Badan dan nafas berbau.
  • Sering sakit kepala.
  • Sakit leher, bahu, sendi dan otot.
  • Peredaran darah yang lemah, kadang-kadang tangan atau kaki berasa sejuk.
  • Sukar untuk tidur, insomnia.
  • Mudah marah dan murung.
  • Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid.
  • Berat badan berlebihan dan pembendungan air dalam badan.
  • Masalah penghadaman, mudah rasa senak dan rasa loya yang kerap.
  • Tekanan darah meningkat.
  • Kurang tenaga syahwat.

toksin

Penyingkiran toksin

Penyingkiran toksin boleh berlaku secara semula jadi melalui proses pencernaan iaitu pembuangan air kecil atau air besar. Tetapi ada masanya proses pencernaan ini tidak berjalan dengan lancar, ia akan menyebabkan sisa toksin terperangkap di dalam tubuh. Justeru, proses membuang toksin atau lebih dikenali dengan detoksifikasi secara semula jadi amat penting untuk meneutralkan, mengubah atau menghapuskan toksin.

Proses secara semulajadi ini berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia. Berikutan itu, kedua-dua organ tersebut perlu diberi perhatian khusus kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam proses menyingkirkan sisa toksin daripada tubuh. Antara langkah yang boleh diikuti bagi menyingkirkan toksin secara semula jadi adalah dengan:

1) Berpuasa.
Puasa dapat merehatkan tubuh terutama sistem perut daripada bekerja secara berlebihan dan secara tidak langsung dapat membantu proses detoksifikasi.

2) Hati.
Sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan akan berkumpul di dalam hati. Jadi, hati perlu dirangsang semula melalui rawatan akupuntur atau dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, alkohol, kafein, makanan proses dan sebagainya.

3) Sistem penghadaman.
Bagi melancarkan sistem penghadaman, makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan serta sayuran segar perlu diambil.

4) Air mineral.
Air yang secukupnya diperlukan untuk melancarkan proses pembuangan toksin.

5) Kawalan makanan.
Elakkan pengambilan kafein, alkohol, rokok, dadah, makanan yang diproses dengan bahan-bahan kimia tertentu, perisa (MSG) dan gula ringkas secara berlebihan. Kawal corak pemakanan dengan mengamalkan makanan organik yang segar, sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan, daging tanpa lemak dan lain-lain. Lebihkan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Serat yang tinggi meningkatkan kekerapan dan kuantiti najis bahkan mengurangkan penyerapan semula toksin daripada hasil buangan.

6) Pengambilan antioksidan
Nutrien antioksidan seperti beta-karotena, vitamin C, E, zink dan selenium melindungi sel hati daripada serangan radikal bebas.

7) Mandian stim, sauna, berurut, berbekam dan lain-lain cara alternatif yang berbentuk semulajadi juga boleh menyingkirkan toksin terutamanya yang terdapat didalam sel lemak.

8) Mengawal emosi dan tekanan dengan baik dan terurus.

9) Mengamalkan senaman dan cara hidup yang sihat.

Sebagai tambahan, anda juga boleh mengamalkan suplemen tambahan yang berfungsi sebagai agen detoks. Agen detoks ini boleh membantu anda menyingkirkan toksin dari dalam badan.

Agen Detoks Semulajadi

Agen Detoks Semulajadi

DTX-Complex – Detoks hati
Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati

Herblax – Detox usus
Gabungan 9 herba semualajadi – daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver’s. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit

Alfalfa Complex – Detox seluruh tubuh
Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar ‘Raja Segala Tumbuhan’. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.

Jangan tunggu lagi, jom detox sekarang. Tak perlu simpan toksin lama-lama dalam badan. Hubungi saya sekarang.

Norsaritanaini Mahasan
ID: 889315
No. Hp: 0199510980

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *