Ubat oh Ubat

Pelbagai jenis ubat-ubatan yang harus diambil...

Hidup dalam dunia ni, tidak akan terlepas dari pelbagai ujian dari Allah, sama ada kecik atau besar, semuanya telah ditentukan olehNya…sebagai hambaNya yang taat, kita kena lah hadapi segala ujian dan dugaan dengan hati yang terbuka dan tabah..

Tkde angin tkde ribut, tetiba je aku diserang penyakit berpakej ni…demam, batuk, sakit tekak dan sakit kepala…mula2 tu just batuk2 biasa je, masa tu puasa, ingatkan sebab kering tekak tkleh minum air…pastu balik2 umah, malam tu terus kena secara berpakej…tp gagahkan jugak ke opis..sampai tertido2 di opis…

Pergi klinik dpt sehari je MC, pastu plak, cm biasalah kan..ubat yang diberi berdasarkan deskripsi kita..ckp je sakit apa, makanya ubat tu la yg diberi…makan ubat tu tahan la sekejap, dah abih pengaruh ubat, sakit balik..terutama sekali batuk…pagi td siap dh berdarah2 dah..tekak pedih semacam, agaknya dh luka2 kot akibat batuk yang berpanjangan…makan ubat batuk tu tahan la sekejap…tp tak suka sgt, sbb cam lalok semacam je, hilang upaya rasanya kalo makan ubat tu…

Nasib baik esok dah cuti, dapatlah rehat sepenuhnya di rumah esok…nak2 plak encik suami nak datang, lagi la semangat nak pulih tu bertambah-tambah…ubat paling mujarab tu..hehehe…

norsaritanaini

Hubungi saya di 019-9510980 (Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram) untuk sebarang pertanyaan.

You may also like...

1 Response

  1. Kreuger says:

    zaman ni musim sakit-sakit. aku pon penuh peti ais dengan ubat. cume telan antibiotik je. ubat lain tak layan.. karang ngantok langsung tak boleh nak buat kije
    .-= Kreuger´s last blog ..Catatan tak bergambar dikala badan seram sejuk =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *