Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan…

aku tersangat penat…sangat2…minggu ni macam banyak sgt keja nak kena buat…hendel kursus pendek ni memang mencabar mental dan fizikal…banyak sangat nak kena buat sampaikan aku dah taktau mana satu nak mula dulu…karang buat yang ni, yang tu pun nak kena siap cepat…

ada benda tu aku sepatutnya dah lama siapkan, tapi sebab menunggu dari yang lain, makanya tertangguh lah benda tu…maka makin bertambah2 la keja aku…aku bukan nak salahkan orang lain, aku pun faham, orang lain pun bizi macam aku jugak…sekali lagi aku cakap, aku tak salahkan orang lain, masing2 ada tanggungjawabkan…tp sangat berterima kasih pd yang memberi kerjasama yang padu dalam membantu aku tuk menyiapkan takwim…

tkder niat aku nak memaksa orang supaya buat kursus pendek ni…dah memang tanggungjawab kita jugak untuk mencapai sasaran yang ditetapkan…nak taknak even mcam nampak memaksa dan terpaksa, aku kena jugak mintak kerjasama orang lain dalam hal ini…aku nak buat sendiri memang tak mampu…

kadang serba salah jugak dalam hal ni…kot2 nanti ada yang tak berpuas hati dgn khidmat aku di sini…tp aku dh cuba sekadar yang termampu…nak buat sempurna memang aku tak mampu…siyes tak mampu…

antara senarai keja yang aku kena buat sekarang

~> takwim kursus pendek untuk setahun, siap sekali ngn tarikh n nama pensyarah yg terlibat~~~~status sekarang baru siap bulan 3, tu pun nak kena pinda jugak sbb de pensyarah yang nak ubah tarikh..

~> senarai kursus pendek 2010 ~~~dah siap, cuma nak kena cek lagi sekali, konpemkan ngn Ketua Jabatan aku…

~>surat panggilan peserta untuk kursus bulan Januari ni…ada 8 kursus utk minggu depan, dan 8 kursus jugak tuk minggu satu lagi…sumer kena buat surat, 1 kursus ada lebih kurang 50 orang lebih peserta..so bayangkan berapa surat yang kena buat..nk kena signature lagi…pastu lipat masuk sampul n post..mungkin tiap2 minggu dr sekarang aku kena buat surat cam ni ~~~ seb baik Sima tolong aku, kalo tak..boleh mati katak macam ni

~>fotostat nota utk setiap kursus yang akan dijalankan~~~ seb baik minggu ni satu kursus je, yang lain bleh buat minggu depan

~>update borang-borang yg berkenaan dengan kursus untuk thn ni ~~~ tak buat apa2 pun lagi, siyes tak sempat…

~> update modul kursus ~~~ yang ni kena bg pada Ketua Program suh anak2 buah dorang yang buat, tp aku kena senaraikan modul apa yang nak dibuat

~> kemaskini fail2 tahun lepas yang harus ditutup sbb tahun ni nak bukak fail baru ~~~ tak buat lagi, fail dok tersadai jer kat atas meja

~>kemaskini dokumen2 n folder lam PC aku…asyik save jer, dh berat dah pc ni

~> kumpulkan jadual penggunaan makmal komputer n bilik2 lain untuk sewaan n kursus pendek

~> buat surat promosi untuk diedarkan pd semua sekolah, agensi kerajaan, JKKK kampung n persatuan2 yang ada di sekitar Temerloh

~> minggu depan dah start kelas, tapi satu hape pun aku tak buat lagi…ayyokkkk…

ha tu semua senarai keja yang bleh disenaraikan..belum lagi yang nak kena uruskan tempahan dewan  n macam2 la lagi…haiiihhhhhhhh

p/s: sempat lagi update blog sbb tgh bengang ngn printer, asyik hang dr td…

You may also like...

4 Responses

  1. Kreuger says:

    banyak giler task nak kene followup.
    xceli kijer sebagai apa ek Pn. ejam nieh??
    sungguh multi-tasking.

  2. ekceli jawatan atas surat lantikan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi atau dengan kata lainnya Pensyarah…sepatutnya kejanya adalah mengajar je tapi keja di Kolej Komuniti ni, pengurusan pun nak kena buat jugak…nak2 plak ai ni kat bahagian Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, satu jabatan yang mengendalikan kursus pendek utk komuniti setempat…jawatan kat bhgian pengurusan ni plak, ai pegang 3 iaitu Pegawai Kursus Pendek, Pegawai Perhubungan Awam dan Penyelaras Promosi dan Bahan…tp utk jawatan Penyelaras Promosi dan Bahan, dh pass kat Cik Sima…kalo nk citer pasal nk anjurkan kursus pendek ni..mau panjang berjela la…nama je kursus pendek, tp prosedur yg terlibat sangatlah banyak n melibatkan orang ramai…tu yg kdg2 mendatangkan masalah jugaklah kepada ai…jawatan2 di atas belum kira lagi kalo kena terlibat dgn apa2 program…lagila bizi…
    tapi redha jerla…nk rezeki halal kan….

  3. Ruzanna Mohd Nasir says:

    Asalamulaikum..
    sy ingin bertanya cara untuk memohon bekerja sebagai pensyarah kolej komuniti. Adakah memerlukan seseorang mngambil diploma pendidikan?

    Sekian terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *